Blogger Layouts

Mukadimah

Pra Sekolah JAIS merupaka sebuah sebuah institusi pendidikan awal kanak-kanak yang didirikan untuk pelajar yang berusia 4-6tahun. Pra sekolah ini, berada di kedudukan strategik yang mana menyingkap pelbagai kisah sejarah. Kini, pra sekolah Kg Jawa telah berkembang maju, pelbagai kemudahan dibaik pulih dan di pelbagaikan bagi keselesaan dan kesejahteraan Pelajar dan guru. Yuran yang dikenakan juga amat berpatutan dan merangkumi pelbagi aspek iaitu seperti makan dan minum, buku, dan pengajaran yang diberikan. Kini, jumlah pelajar telah pun meningkat dan Kepercayaan yang diberikan oleh Ibu Bapa sangat gemilang membuatkan kami kukuh menapak dan terus berusaha maju untuk kepentingan kanak-kanak ini.

Matlamat Pendidikan JAIS

"Memberi pendidikan asas Agama kepada semua kanak-kanak Islam di Negeri Selangor bagi melahirkan pelajar yang sepenuhnya berilmu dan berakhlak mulia kukuh dalam nilai-nilai Islam bagi mencapai muslim Mutaqqi serta mendapat keredhaan Allah"

Falsafah Pendidikan JAIS

" Satu usaha yang berterusan bagi menjamin dan memantapkan ilmu Allah dan Sunnah Rasulullah berkembang di sepanjang zaman untuk diamalkan dalam kehidupan seharian bagi melahirkan Muslim sejati yang mampu menegakkan syarat Allah di muka bumi ini"

Wednesday 8 July 2015

Aktiviti bulan Jun 2015

Berikut merupakan aktiviti bulan Jun 2015:

KEM ANAK SOLEH CUTI SEKOLAH 












PEPERIKSAAN GIGI




Sunday 5 July 2015

Aktiviti bulan Mei 2015

Assalamualaikum.
Berikut merupakan aktiviti yang dijalankan sepanjang bulan Mei 2015:

PELAWAT DARI KAFA:






PROGRAM AMAL ISLAMI NEGERI 2015:

Antara pertandingan-pertandingan yang dipertandingkan ialah:
  1. Tulisan jawi cantik
  2. tulisan rumi cantik
  3. hafazan dan terjemahan
  4. koir patriotik
  5. sajak







ANUGERAH KECERIAAN TANDAS:



HARI PENTAKSIRAN IBU BAPA






LAWATAN KETUA GURU KAFA 2015










Aktiviti bulan Mac 2015

Pada bulan Mac 2015, pihak sekolah telah menganjurkan beberapa aktiviti antaranya ialah hari Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR). Kempen sepeti ini perlu dijalankan selalu kerana admin yakin ia mampu mengurangkan kemalangan jalan raya di negara kita.
   


Pendedahan awal kepada kanak-kanak tentang kempen ini mampu memupuk mereka menjadi pengguna jalan raya yang berkhemah. Kempen seperti ini juga dapat menyedarkan kita betapa pentingnya menjaga keselamatan jalan raya.



Admin harap program seperti ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang kerana kempen ini sejajar dengan matlamat Pelan Keselamatan Jalan Raya 2014-2020 yang menyasarkan pengurangan 50% kemalangan menjelang tahun 2020.


Selain itu, pada awal tahun ini juga telah diadakan program pemantauan bersepadu.





Aktiviti bulan April 2015

Assalamualaikum.....
Post kali ini admin akan post semua aktiviti yang dilakukan pada bulan April. Pada awal bulan April pihak sekolah telah mengadakan Hari Gotong Goyong. Program ini dilakukan untuk menceriakan lagi bilik darjah dan kawasan persekitaran sekolah agar kanak-kanak disini lebih seronok dan selesa untuk belajar disini. program ini juga dapat mendidik kanak-kanak disini untuk bekerjasama dan sentiasa menjaga kebersihan persekitaran mereka.






Seterusnya, Program Jom Membaca juga telah dijalankan pada pertengahan bulan April. Matlamat utama program ini dilakukan adalah untuk meningkatkan tabiat membaca dalam kalangan kanak-kanak disini.
Ia juga bertujuan untuk melahirkan masyarakat generasi yang mencintai ilmu, berakhlak mulia, mentaati agama dan berkemahiran tinggi. Kanak-kanak disini amat teruja dalam bersma-sama memeriahkan aktiviti ini. 






Admin harap aktiviti seperti ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang.

Kenangan 2014

Assalamualaikum...

Apa khabar semua...admin harap semua sihat wal'afiat...
Hari ini admin ingin mengimbas kembali semua aktiviti yang dijalankan oleh kami sepanjang tahun 2014. Sesungguhnya 2014 merupakan tahun yang sangat bermakna buat kami warga Prasekolah Kg Jawa Klang.
           
Pada awal tahun, pihak sekolah telah menghantar wakil sekolah untuk ke acara Amal Islami Negeri 2014 di Sekolah Rendah Al-Hidayah Taman Tun Teja, Rawang.




           
                                         

Hari sukan negeri 2014:








Hari tadika Selangor 2014:






Sambutan hari guru 2014:







Diharapkan kenangan 2014 ini dapat memberi satu kenangan yang manis buat semua warga Pra Sekolah Kg. Jawa, Klang ^_^.