Assalamualaikum.. jum ikuti cerita sejarah ini..
Tempat di mana Hajar dan Ismail itu ditinggalkan oleh
Ibrahim yang dikatakan padang pasir tandus tidak bermanusia itu, adalah kota
Mekah yang sekarang ini. Mulai saat itulah mula sejarah Mekah dengan Telaga
Zamzamnya.
Hajar bulat rnenyerahkan nasibnya kepada Allah, dengan sabar dan tenang.
Dimakannyalah bekalan yang masih ada padanya, diminumnya pula air yang masih
tinggal. Akhirnya semua makanan dan air pun habislah. Tinggallah ibu dan anak
menunggu nasib dengan perut yang kosong dan lapar, suatu penderitaan yang tak
pernah dialami manusia lain. Anaknya yang masih memerlukan susu, jangankan akan
mendapat susu, air mentah saja pun tidak ada di situ. Perut semakin lapar,
kerongkong semakin kering dan minta dibasahi dengan air. Panas terik padang
pasir tidak pula kepalang tanggungannya. Sedang badannya yang mulanya kuat
sekarang sudah beransur kurus dan lemah pula. Tidak ada daya dan ikhtiar yang
dapat dijalankan, selain hanya mencucurkan airmata sebanyak banyaknya, dan dengan
airmata itulah hanya keadaan kering itu dapat dibasahkan sedikitnya. Ya, nasib
yang tidak pernah dialami.
Kerana lapar dan dahaga yang tak terperikan itu, mulalah si anak itu menangis
sekuat kuatnya. Tetapi akhirnya kelemahan badan tidak memberikan kekuatan lagi
kepadanya untuk menangis, selain hanya mengesak esak saja. Matanya mulai cukam,
badannya semakin kurus juga. Akhirnya anak yang malang itu memperlihatkan
tanda-tanda yang tak dapat diceritakan sama sekali, seakan akan putus nafasnya
karena terlalu dahaga.
Hajar mencuba sekuat tenaga mempertahankan jiwa sang anak dan sabar atas
dirinya sendiri. Tetapi apa yang dapat dia lakukan? Akhirnya anak yang sudah
payah keadaannya itu diletakkannya di atas pasir, sedang dia sendiri pergi
mencari air, lalu datang melihat muka anaknya kembali. Lalu pergi pula mencari
air, dan lari pula mendapatkan dan melihat wajah anaknya yang ditinggalkan itu.
Demikianlah seterusnya berturut turut, antara dua tempat yang sekarang ini
dinamakan Safa dan Marwah. Setiap kali dia kembali mendapatkan anaknya, dia
lihat tanda tanda adanya air di tempat yang bernama Safa itu. Tetapi setelah
didatanginya, tidak ada air sama sekali. Lalu dia kembali ke tempat anaknya,
iaitu Marwah. Demikianlah berturut turut tujuh kali pergi dan balik.
Sedang anak yang kelaparan yang ditinggalkan sendirian itu semakin mengeluh dan
mengesak esak, menangis dengan tak bersuara lagi. Kasihan, sayang, letih,
ikhtiar dengan segala tenaga. Tetapi semua sia sia belaka.
Akhirnya Hajar duduk terhenyak, tidak tahu apa yang harus dilakukan lagi.
Dengan menoleh terus ke wajah anaknya yang dicintai; peluh mengalir bercucuran
dari dahinya. Dengan titikan peluh dibasahi bibir anak yang sudah amat kering
itu. Alangkah gembiranya Hajar, kerana dilihatnya anak itu masih hidup. Anak
itu diciumi dan dirangkul ke dadanya rapat rapat. Nampak pula dengan jelas
bahawa anak yang kecil itu sendiri pun turut sama mengeluarkan airmata.
Hanya kepercayaan terhadap Allah, menjadikan Hajar tidak berputus sasa. Dengan
kepercayaan ini sajalah dia berteman ketika itu, menghadapi kesedihan yang
tidak dapat dibendung. Dengan kepercayaan ini pulalah dia yakin yang akhirnya
dia akan terbebas jua dari kesedihan ini.
Setelah ternyata yang anaknya masih hidup, kembali dia pergi meninggalkan anak
itu, mencari air di tengah tengah gurun pasir.
Akhirnya, setelah kembali mendapatkan anaknya, tak begitu jauh dari tempat itu,
tiba tiba Hajar melihat setumpuk pasir yang selama ini kering tampaknya agak
basah. Setelah dipegang dengan telunjuknya, betul betul pasir itu basah berair.
Lalu pasir itu digalinya. Makin dalam digali makin basah dan akhirnya setelah
agak dalam, airnya muncul, dengan kudrat dan iradat Allah s.w.t. terpancarlah
di situ sebuah mata air yang kita namai Telaga Zamzam sekarang ini.
Hajar dan anaknya (Ismail) minumlah sepuas puasnya sambil mengucapkan syukur
dan puji terhadap Allah yang telah mengabulkan doanya dan doa Nabi Ibrahim
tatkala berangkat meninggalkan mereka berdua.
Karena air Zamzam inilah akhirnya burung burung padang pasir, seekor demi
seekor mendekat ke sana menghabiskan dahaga hausnya. Dan dari jejak burung
inilah makanya hamba Allah yang bernama manusia yang hidup di tengah tengah
padang pasir itu, sama sama datang ke sana pulauntuk mendapatkan air penghilang
dahaga.
Akhirnya tempat itu menjadi ramai juga, dijadikan tempat tetap oleh rombongan
demi rombongan manusia yang mengenalnya. Hajar dan Nabi Ismail termasuk salah
satu anggota masyarakat dan hidup bersama sama mereka di tempat itu. Inilah
yang nanti dinamakan kota Mekah sebagai yang kita terangkan di atas.
Zaman berganti zaman, abad berganti abad, tempat itu terus menerus menjadi
tempat berhimpunnya manusia. Pun sampai zaman sekarang, lebih lebih setelah Agama
Islam memerintahkan kaum Muslimin berhaji ke sana.
Dari cara perjalanan sejarah Hajar dan Ismail inilah diambil sebahagian besar
cara ibadat haji yang diwajibkan Islam. Misalnya lari (sai) antara Safa dan
Marwah tujuh kali dan lain lain ibadat yang akan kita sebutkan nanti. Dan dari
keturunan Nabi Ismail pulalah, akhirnya lahir Nabi Muhammad s.a.w. di kota
Mekah itu. Doa Nabi Ibrahim dikabulkan Tuhan.