Prasekolah
JAIS Kampung Jawa (PJKJ) atau turut dikenali sebagai nama “Taman Asohan
Kanak-kanak Islam (TAKIS)” Daerah Klang ditubuhkan pada tahun 1967. Ilham bagi
penubuhan TAKIS ini telah dicetuskan oleh Pengarah JAIS, Yang Berbahagia En.
Ismail B. Hitam. Penubuhannya pula diasaskan oleh Cikgu Khalijah Bt Muhammad yang
mana turut dibantu oleh Allahyarhamah Puan Sutirah Bt Ngah Basir pada ketika
itu bermula tahun 1967 sehingga tahun 2004.
Nama Taman Asohan Kanak-kanak Islam
(TAKIS) digunakan sepanjang tahun 1967 hingga 2004. Manakala, pada tahun 2004
bahagian Pendidikan Jais telah mengambil alih dan mengumumkan pertukaran nama tersebut
kepada PraSekolah JAIS Kampung Jawa yang diguna pakai bermula tahun 2004
sehingga kini. Turut membanggakan sekolah ini merupakan sekolah pertama yang ditubuhkan
oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), yang mana seiring dengan 12 buah
prasekolah daerah lain yang terdapat di dalam daerah Negeri Selangor yang
dibuka selepas 10 tahun merdeka.
Pada awalnya bilangan murid di
sekolah ini hanyalah 15 orang dan kini telah meningkat kepada hampir 162 orang
murid seperti pada tahun 1980. Ekoran peningkatan yang mendadak, Jabatan Agama
Islam Selangor telah menambah 2 blok bangunan lagi bagi menampung kemasukan
murid yang kian meningkat. Bagaimanapun, bangunan utama Prasekolah ini iaitu
blok A masih unik kerana ianya merupakan bekas bagunan Pejabat Kadi J.A.I.S
Daerah Klang dan masih di kekalkan sehingga sekarang yang kini dijadikan
bangunan yang menempatkan Pejabat sekolah, Bilik Guru, dan dua buah kelas.
Walaupun sudah berusia 45 tahun, bangunan ini masih tegak berdiri dan masih
mengekalkan bentuk tradisionalnya yang mana keseluruhan stuktur diperbuat
daripada kayu dan ia tidak menggunakan paku tetapi hanya di pasak di antara
satu sama lain. Bangunan ini kekal tersergam bagi mengekalkan kenangan lama dan
kini cat silih berganti dilakukan bagi mengekalkan kualiti kayu dan
keteguhannya.
Setelah 36 tahun berlalu iaitu pada
tahun 2003, Prasekolah mendapat peruntukan baik pulih daripada J.A.I.S. dan
peruntukan itu digunakan sebaiknya bagi menceriakan kawasan sekolah dan
perbaiki kerosakan termasuklah mengecat semula keseluruhan bangunan dan
permainan seperti buaian, jongkang-jongket, gelongsor, meja batu hiasan dan
pondok menunggu. Manakala, taman diubah suai dengan penambahan pokok rendang
dan pokok bunga bagi menceriakan kawasan sekolah. Manakala pada pertengahan
tahun 2007, penambahan idea melukis gambar di dinding dilaksanakan bagi
memastikan sekolah kelihatan ceria berbanding dahulu. Perbezaan itu mewujudkan
permandangan yang menarik yang tersergam pada bangunan lama itu.
Kini, pada tahun 2008 bilangan guru
ditingkatkan ekoran penambahan pelajar yang kian meningkat menjadikan jumlah
keseluruhan kakitangan pada tahun itu menjadi 21 orang iaitu 12 orang guru, 8 orang
kakitangan dan 1 orang pembersih kawasan. Prasekolah J.A.I.S. Kampung Jawa,
Klang pernah menampung murid sejumlah hampir 300 orang dan kini bilangan
pelajar turun naik mengikut semasa dan masih mengikut jumlah yang dibenarkan.
Hal ini kerana, “TAKIS” sinonim menjadi tumpuan ibu bapa memandangkan tadika
ini merupakan tadika yang pernah menjadi tempat mereka belajar dahulu.
Pengurusan sekolah turut
ditingkatkan iaitu pada 1 Oktober 2009, pengurusan sekolah di selia dibawah
pentadbiran Bahagian Pendidikan J.A.I.S, Unit Pengurusan Sekolah dan dipantau
oleh Penyelia. Ini menjadikan status penjawatan dipecahkan kepada C.O.S
(Contract of Services) dan CFS (Contract For Services).
Kini, pada tahun 2013 sistem
perfailan telah mula dipertingkatkan, matapelajaran juga turut menjadi tumpuan
ekoran persaingan kelayakan pelajar bagi meneruskan pembelajaran ke KAFA
mahupun SRAI dan kelayakan guru turut dititik beratkan dengan kelayakan Diploma
dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak (DPAKK) yang mana terdapt 4 orang kakitangan
yang telah mendapat Diploma manakala 3 orang lagi masih dalam kursus. Jesteru,
usaha berterusan terus ditingkatkan bagi menjamin prestasi pelajar terus
meningkat dan pelbagai kemudahan turut disediakan bagi memudahkan urusan
dilaksanakan. Kini, Dataran Solat yang dibina pada tahun 2012 menjadi ruangan
selesa bagi riadah solat yang menjadi rutin wajib sekolah memberi amali solat
kepada para pelajar diikuti 8 buah kelas yang dihias setiap tahun, Kantin,
Ruangan mengambil Wuduk, Pejabat, Bilik Guru(Mesyuarat), Tandas, Pentas Mini,
Pentas Utama di dataran sekolah, Taman Herba, Taman Permainan dan Parking
Motor.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih.. Daun Keladi,
Esok Lusa Jenguk ler Lagi....
^_^