Blogger Layouts

Mukadimah

Pra Sekolah JAIS merupaka sebuah sebuah institusi pendidikan awal kanak-kanak yang didirikan untuk pelajar yang berusia 4-6tahun. Pra sekolah ini, berada di kedudukan strategik yang mana menyingkap pelbagai kisah sejarah. Kini, pra sekolah Kg Jawa telah berkembang maju, pelbagai kemudahan dibaik pulih dan di pelbagaikan bagi keselesaan dan kesejahteraan Pelajar dan guru. Yuran yang dikenakan juga amat berpatutan dan merangkumi pelbagi aspek iaitu seperti makan dan minum, buku, dan pengajaran yang diberikan. Kini, jumlah pelajar telah pun meningkat dan Kepercayaan yang diberikan oleh Ibu Bapa sangat gemilang membuatkan kami kukuh menapak dan terus berusaha maju untuk kepentingan kanak-kanak ini.

Matlamat Pendidikan JAIS

"Memberi pendidikan asas Agama kepada semua kanak-kanak Islam di Negeri Selangor bagi melahirkan pelajar yang sepenuhnya berilmu dan berakhlak mulia kukuh dalam nilai-nilai Islam bagi mencapai muslim Mutaqqi serta mendapat keredhaan Allah"

Falsafah Pendidikan JAIS

" Satu usaha yang berterusan bagi menjamin dan memantapkan ilmu Allah dan Sunnah Rasulullah berkembang di sepanjang zaman untuk diamalkan dalam kehidupan seharian bagi melahirkan Muslim sejati yang mampu menegakkan syarat Allah di muka bumi ini"

Monday 13 August 2012

Persiapan Majlis Khatam Al-Quran

Assalamualaikum....
hye..dan selamat berpuasa kepada semua umat islam..
heheh admin pun ucap kat diri sendi kih kih...
minggu ini, pra sibuk dengan persiapan mana tak nyer.. khamis ini 
bakal diadakam program "Khatam Al-Quran" peringkat sekolah..
aha..dah bnayk sumbangan kami dapt daripada ibu bapa pelajar.. Alhamdulillah
admin ucapkan terima kasih kerana memberi sokongan kepada kami dan 
memberikan dorongan kepada kami dalam segala hal or aktiviti yang kami adakan.. ^^

Ok la.. memandangkan minggu niep baru persiapan.. jadi admin nak imbas kembali majlis 
khatam Al-Quran yang diadakan di Pra Sek JAIS Kg Jawa ni.. pada tahun 2011 yg lalu.. ok??

so... semoga menjadi pencuci mata yang menarik untuk anda..hehehehe
Jom!! sama2 kita mengimbau sikit ja... persiapan yang lalu.. ok??






Aha.. tu la antara gambar kenangn persiapan yg lama.. heheh Hope tahun nie ada perubahan.. dari segi pengambilan gambar hehehe :P

Thursday 2 August 2012

Tugas Sebagai Guru ...

Assalamualaikum... hai apa khabar? heheeh dah lama gak admin tak bercerita keh keh
perkembangn sekarang... Alhamdulillah...
semuanya berjalan dengan lancar.
Banyak juga perbincangan yang diketengahkan semasa mesyuarat..
Betapa banyaknya idea yang tersimpan dek kerana
memasing sibuk dengan tugasan masing-masing
NOW!! admin baru faham. tugasan guru bukannya mudah..
Dalam masa mendidik.. dalam masa tuh juga perlu membuat kerja untuk
membangunkan sekolah, prestasi dan yang pastinya
memastikan para pelajar selesa dan selamat ^^
FAKTA tau???
So... u all hormatlah guru-guru yang mana memberikan
pendedahan yang positif dalam diri anda ok???

"TUGAS SEBAGAI GURU"

itulah tajuk yang admin yang cerita hari nie...
bukan mudah menjadi seorang guru yang mana kena selalu
bersabar dengan pelbagai karenah dan perangai pelajarnya..
"Tuh la keje cikgu!!" <---- admin selalu dengan word cam tuh
sedar tak bahawa apa yang diajar seorang guru itu amat penting untuk masa
depan kita? hah.. kalau guru tuh ajar punya ajar tapi tak halalkan
dek kerana kita kurang ajar jer.. saper yg susah? tak ke pelajar tuh yag merana?

Tugas guru nie banyak...
tapi.. sebagai guru, kena lah terapkan beberapa nilai murni
supaya pelajar menghormati anda!!
make it simple by smile ok?
Terdapat lima (5) aspek kecemerlangan yang dikehendaki oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menurut seorang penyelidik iaitu Md. Nasir Masran (2000) dalam kertas prosiding bertajuk Guru Cemerlang: Personaliti dan Kemahiran (Prosiding seminar kebangsaan penyelidikan dan pembangunan dalam pendidikan 2000. 3 – 4 Oktober 2000, Bahagian Pendidikan Guru, KPM, ms. 173 – 178): 1. Kecemerlangan Peribadi

Kecemerlangan peribadi yang dimaksudkan ialah meliputi perkara berikut:

1. Nilai kendiri yang positif
2. Berakhlak mulia
3. Adil
4. Bertimbang rasa
5. Amanah
6. Bertanggung jawab
7. Kreatif
8. Inovatif
9. Kemas
10. Sikap sedia berkongsi
11. Bersikap terbuka
12. Berpemikiran positif

Hah... tuh lah ciri-ciri guru yang terunggul.. heheh
Personaliti Unggul Personaliti ialah perwatakan dan tingkahlaku. Personaliti ialah satu daripada pembolehubah yang boleh memudahkan atau menyulitkan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Guru cemerlang perlu mempunyai ciri-ciri personaliti unggul seperti berikut:

Adil
Sabar
Tegas
Konsep kendiri positif
Kesungguhan
Mesra
Prihatin
Kerjasama
Menepati masa
Bertanggung jawab
Berakhlak mulia
Kecindan (unsur jenaka)

Jadi guru-guru EH!! bukan guru ja.. semua kena ada sifat
yang mahmudah tau??untuk
menjamin kebahagiaan yang unggul ok???

hurmm.. sampai sini sajalah admin membebel.. keh keh keh
ap pun sebagi guru kena lah kita bersabar jer..
dengan kerenah depa2 nie..bukan apa..
kang kuar2 hah.. tenguk keputusan perubatan.. hah
naik dah darah tinggi.. Jantung
Gila pun ada.. jadi.. sama2 lah kita membantu untuk kehidupan yang lebih bahagia dan harmoni

PENGAJARAN : Jadilah seorang anak murid yang sentiasa mengucapkan terima kasih kepada guru kita dan ikhlas membantu.. tak rugi pon.. malah dapat pahala lagi.. bukankah kita didunia nie tujuannya untuk mencari pahala?? aha.... untuk guru pula.. jangan amik serius dalam sesuatu hal itu.. segala masalah boleh diselesaikan ok? dan jagn sesekali bawa masalah luar ke dalam.. tu paling pantang murid rasa... huhuhu

salam 1 malaysia..^^
Jumpa lagi.. tata