Blogger Layouts

Mukadimah

Pra Sekolah JAIS merupaka sebuah sebuah institusi pendidikan awal kanak-kanak yang didirikan untuk pelajar yang berusia 4-6tahun. Pra sekolah ini, berada di kedudukan strategik yang mana menyingkap pelbagai kisah sejarah. Kini, pra sekolah Kg Jawa telah berkembang maju, pelbagai kemudahan dibaik pulih dan di pelbagaikan bagi keselesaan dan kesejahteraan Pelajar dan guru. Yuran yang dikenakan juga amat berpatutan dan merangkumi pelbagi aspek iaitu seperti makan dan minum, buku, dan pengajaran yang diberikan. Kini, jumlah pelajar telah pun meningkat dan Kepercayaan yang diberikan oleh Ibu Bapa sangat gemilang membuatkan kami kukuh menapak dan terus berusaha maju untuk kepentingan kanak-kanak ini.

Matlamat Pendidikan JAIS

"Memberi pendidikan asas Agama kepada semua kanak-kanak Islam di Negeri Selangor bagi melahirkan pelajar yang sepenuhnya berilmu dan berakhlak mulia kukuh dalam nilai-nilai Islam bagi mencapai muslim Mutaqqi serta mendapat keredhaan Allah"

Falsafah Pendidikan JAIS

" Satu usaha yang berterusan bagi menjamin dan memantapkan ilmu Allah dan Sunnah Rasulullah berkembang di sepanjang zaman untuk diamalkan dalam kehidupan seharian bagi melahirkan Muslim sejati yang mampu menegakkan syarat Allah di muka bumi ini"

Monday 16 July 2012

Kelebihan Pra Sekolah JAIS

Assalamualaikum semua ^^ firstly, admin nak ucap.. selamat datang bagi yang baru jer menerjah masuk blog rasmi admin.. iaitu www.prasekolahkgjawa.blogspot.com ^_^ Ni hah.admin nak habaq mai.. la yang dua hari lepas (SABTU) ada orang tanya kat admin, apa bezanya prasekolah jais, dengan prasekolah, taska dan tadika?? hah tertnganga jugak lah admin nak ceritakan bagi orang tuh faham..but admin dapat terangkan dengan jelas kat dia.. wow!!! hahah

alright now.. admin nak cerita sikit tentang apa sebenarnya kelebihan pra sekolah jais nie? apa bezanya pra sekolah dengan prasekolah, taska or tadika..sebenarnya, semuanya ada kelebihan. tapi pra sekolah JAIS ini, lebih kepada pendidikan awal kanak-kanak yang berasaskan kearah pendekatan kanak-kanak Islam untuk mengenali agama Islam itu sendiri. Pra sekolah yang famous kita kenal, yang mana sekarang ini, kita lihat banyak prasekolah yang ditubuhkan didalam sekolah rendah. Salah satu perbezaan nya adalah, Pra Sekolah JAIS ini khas ditubuhkan untuk kanak-kanak yang berumur 5-6tahun dan mereka mestilah BERAGAMA ISLAM..antara sukatan pembelajaran yang ditawarkan juga menarik..antaranya amali solat, Al-Quran (Iqra' dan Hafazan), Akhlak, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Matematik, Sains awal, dan Sirah.

Selain itu, yuran yang dikenakan juga amat berpatutan iaitu hanya RM42.00 sebulan hah yang ini, mungkin ramai yang tertanya wow banyaknya??? sebab. Pra Sekolah JAIS Kg Jawa ini menyediakan makan dan minum serta sarapan pagi yang mana WAJIB di bayar, sekiranya..ibu bapa tidak berkemampuan, ibu bapa pelajar tersebut boleh mendapatkan bantuan pembelajaran daripada pusat zakat.. itulah kelebihan orang Islam kita.. ^^ admin tak kata orang agama lain tak ada kelebihan mereka juga boleh mendapatkan bantuan.. semua boleh, cuma bezanya, kena pandai mencari dan yang paling penting NAWAITU (niat) kita untuk melihat anak-anak kita pandai dan mendapat pendidikan awal yang terbaik dan sepatutnya. Kanak-kanak juga mempunyai hak untuk belajar dan kita yang sepatutnya mencorakkan mereka daripada kecil...
Kantin Prasekolah Kg Jawa ^^
Mulakan pendidikan awal anak anda dengan menghantar mereka untuk mengikuti alam pra-persekolahan. Pendidikan pra-persekolahan ini kebiasaannya bermula ketika kanak-kanak berusia dari empat sehingga ke enam tahun. Walau bagaimanapun terdapat ibubapa yang mula menghantar anak mereka pada usia yang lebih muda. Selain daripada pendidikan akademik, kemahiran berinteraksi kanak-kanak pada tahap ini dapat membantu pembangunan sosial, emosi dan mental sebagai persiapan sebelum melangkah ke alam pendidikan formal.

Sebelum mendaftarkan anak anda di mana-mana pra-sekolah atau tadika, anda perlu memastikan bahawa pra-sekolah tersebut telah berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Negeri. Ini adalah untuk memastikan pra-sekolah tersebut beroperasi secara sah di sisi undang-undang dan diiktiraf sebagai pusat pembelajaran.

Sekian sahaja dari ADmin ^^
Jumpa Lagi...Assalamualikum

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih.. Daun Keladi,
Esok Lusa Jenguk ler Lagi....
^_^