Blogger Layouts

Mukadimah

Pra Sekolah JAIS merupaka sebuah sebuah institusi pendidikan awal kanak-kanak yang didirikan untuk pelajar yang berusia 4-6tahun. Pra sekolah ini, berada di kedudukan strategik yang mana menyingkap pelbagai kisah sejarah. Kini, pra sekolah Kg Jawa telah berkembang maju, pelbagai kemudahan dibaik pulih dan di pelbagaikan bagi keselesaan dan kesejahteraan Pelajar dan guru. Yuran yang dikenakan juga amat berpatutan dan merangkumi pelbagi aspek iaitu seperti makan dan minum, buku, dan pengajaran yang diberikan. Kini, jumlah pelajar telah pun meningkat dan Kepercayaan yang diberikan oleh Ibu Bapa sangat gemilang membuatkan kami kukuh menapak dan terus berusaha maju untuk kepentingan kanak-kanak ini.

Matlamat Pendidikan JAIS

"Memberi pendidikan asas Agama kepada semua kanak-kanak Islam di Negeri Selangor bagi melahirkan pelajar yang sepenuhnya berilmu dan berakhlak mulia kukuh dalam nilai-nilai Islam bagi mencapai muslim Mutaqqi serta mendapat keredhaan Allah"

Falsafah Pendidikan JAIS

" Satu usaha yang berterusan bagi menjamin dan memantapkan ilmu Allah dan Sunnah Rasulullah berkembang di sepanjang zaman untuk diamalkan dalam kehidupan seharian bagi melahirkan Muslim sejati yang mampu menegakkan syarat Allah di muka bumi ini"

Friday 8 March 2013

SAMBUTAN HARI TADIKA SEL@24 FEB

Assalammualaikum wbt..
  Tibalah hari dinanti-nanti....Sambutan Hari Tadika Peringkat Negeri Selangor yang diadakan di Stadium Tertutup Melawati, Shah Alam...setiap prasek JAIS diminta menghantar 10 orang murid berpakaian aneka ragam menunjukkan budaya @ pekerjaan @ apa-apa as long as menutup aurat untuk sambut MB masuk stadium...sambil nyanyi lagu TUNAS SELANGOR..
   Admin pon x pergi..tapi, menurut kata guru pengiring murid kami iaitu Teacher Hariyati n Cikgu Norul Sofia, semua murid yang kami pilih tu hadir dgn ibubapa masing2...Antara aktiviti disediakan utk murid ialah Origami n Rantaian...utk guru pula Pertandingan Menghasilkan Bahan Bantu Mengajar..dapatlah no. 6...tahniah Cikgu Sofia n Teacher...
    Selain tu, para guru prajais yg telah berkhidmat melebihi 25 tahun juga diberi pengiktirafan atas segala jasa n sumbangan, dengan mmberi hadiah berbentuk wang tunai...

PERSIAPAN SAMBUTAN HARI TADIKA@23 FEB

Assalammualaikum wbt..
Hmm..bertimpa2 pulak program iyer..moga2 Allah beri kekuatan...
  Untuk persiapan menghadapi Sambutan Hari Tadika esok, Cikgu Fadilah n Cikgu Shah Hani jadi wakil prasekolah kami sbg AJK Persiapan..banyak kerje katanya..sian diorang kepenatan... Kami tak maklum yg persiapan tu sampai malam, jadi kedua-dua cikgu ni xdapatla nak teruskan sampai malam dek kerana masing-masing ada program yang xdapat dielakkan...
    Walau apapun, tahniah kerana cikgu berdua da laksanakan tanggungjawab diberi dengan penuh amanah...

DEMONSTRASI KEBAKARAN BOMBA@22 FEB

Assalammualaikum wbt..
Kali ni mmg best..bomba datang naik trak lagi masuk perkarangan sekolah...tak percaya???Percayalah... tiada yang benar melainkan benar2 belaka...terima kasih dulu kutt admin ucap pada Cikgu Nonie yg da urus program ni bagi realistik...hik hik..
   Hari Jumaat yang xberapa panazz ni kami penuhi dengan program sehari bersama bomba...mula2 tu agak kelam kabut jugak..ada pulak kereta g makan kat kdai, parking betul2 depan pagar...sebaik jer kete tu dialih, trak bomba pon sampai...apa lagi???dek kerana teruja...budak2 meluru lari ke zon selamat...hmm..x brapa menjadilah trick kami nak berlakon kgkonon sekolah terbakar...tapi, xperla..dapat gaklah suruh 3 org budak bersama Kak Ina berlakon kgkonon terperangkap dalam kelas 6 Ma'wa..Apa lagi??syokla budak2 tu kene angkat ngan abg2 bomba..
   Anggota bomba yang datang seramai 7 orang, diketuai oleh Koperal Rosli...lpas jer sesi lakonan tu, Koperal Rosli perkenalkan diri n tugas anggota bomba..lpastu bg penerangan sket tentang cara2 nak selamatkan diri dr sebarang kecemasan, xsemestinya kebakaran jer...ada haiwan liar sesat cth ular ker..@ gangguan orang gila @ orang mengamuk pon kene gak wat cara yang sama, cuma bunyi loceng tu jangan berenti sampai org terakhir keluar ke zon selamat.."Oh...Gitu rupanya.."
    Lepas tu, baru buat demonstrasi kebakaran...bekas tapak pembakaran tu mmg jelaslah sampai sekarang...kat bukit popular kita tu..sampai mati kering tanah n daun dibuatnya..hihi...selain bbrp org guru diberi peluang padam api guna pemadam api jenis serbuk tu, ada juga 3 wakil murid turut dapat peluang.. Lastly, semua murid dapat peluang pancut air guna pemancut air bomba tu..seronok betul budak2..
    Sebelum masuk kelas, semua murid dibenarkan naik ke dalam trak bomba, rasa pengalaman berada dalam trak bomba secara bergilir2...
    Jelas terpancar raut wajah puas di muka kanak2 ni...kami cikgi2 pon turut puas hati..apa lagi gb n Ckgu Noni...kembang la..apa lagi..hihi...Jangan Mara ar...Terima kasih juga pada semua ahli bomba yang sudi datang...Sempat diorang bisik..tahun depan jemput diorang lagi..huhu...Insya Allah...

PEMANTAUAN SKPJ @ 15 FEB

Assalammualaikum wbt...hmm..ni lagi gerun..Untuk makluman, JAIS da jalankan pemantauan Standard Kualiti Pendidikan JAIS di peringkat daerah tahun lepas...berdasarkan markah yang diperoleh, Prasekolah JAIS Kampung Jawa Klang disenaraikan sebagai salah satu calon Sekolah Cemerlang...dgr berita ni pon kami da bersyukur sangat...kami xharap yang tinggi2, apa yang paling penting, segala urusan di bahagian pentadbiran sekolah khasnya sentiasa berada di landasan yang betul dan teratur...
   Seramai 5 orang wakil dr JAIS dan 2 orang wakil dr PAID Klang hadir utk memantau sebelum pemilihan Sekolah Cemerlang...banyak dapatan ilmu bermanfaat selain perkongsian maklumat n pengalaman yang kami dapat, yang rasanya mmg sgt mmbantu kami utk uruskan sekolah dgn lbh baik lagi pada masa2 akan datang..
    Murid2 pon rasa teruja n seronok bilamana pemantau2 ni masuk n jenguk2 keadaan sekeliling n dlm kelas..tertanya2 semuanya..yang hairannya, mana yg nangis selalu pon senyap jer arini...hihi...TAKUT KER??? yela...mana ada guru lelaki kat sini..kene pulak yang datang ustaz2 ramainya...terdiamla semua...
     Tapi, dalam banyak2 cerita tentang pemantauan ni, admin xleh lupa cerita Ustaz Khuzaimi(maaf ustaz..kalau salah ejaan)...ust tu panggil sorg budak ni..xtau nama sapa coz kbtlnnya mmg xdapat nametag lagi pon...saje jer tanya.."Tahu x baca doa makan?" budak tu jwb "Tahu" bila disuruh baca...budak tu baca tapi separuh jer..ust tanya.."Lagi???"...boleh tu dgn keletahnya budak tu jawab "Kite ingat tu aje..tapi, boleh kan..???"ust tu tanya pulak tntg doa masuk tidur..sama jugak dibaca separuh jer "Allahumma Bismika Ahyaanaa..." bila ditanya, dia jawab yg sama..tapi x lupa perkataan ni "TAPI...BOLEH,KAN??" Tergelak jer ust bila dia pulak ajar boleh baca doa sekerat2..hihi..sampai sekarang admin tertanya2 siapalah agaknya gerangan murid keletah tu..
       Tapi, murid sekolah ni dipuji coz pandai bergaul n berani menjawab soalan dr orang luar..xmalu2..kira keyakinan diri baguslah..huhu...Alhamdulillah...Tahniah kepada warga kerja Prasekolah JAIS Kampung Jawa yg sama2 usaha utk meningkatkan kualiti pendidikan kita kepada peringkat yang lbh tinggi....

LATIHAN KEBAKARAN KALI-1 2013 @ 14 FEB

Assalammualaikum wbt..
Ha..sekarang giliran unit keselamatan n keceriaan pulak bercerita...Teraju utama unit ni.. Cikgu Nonie.. Disebabkan bulan Februari diiktiraf sebagai Bulan Keselamatan, jadi jenuhlah Cikgu Nonie rancang program...habis abg2 polis..abg2 bomba dipanggil..nasib baik x panggil askar dengan kereta kebalnya..hik hik..
    Sebagai permulaan, unit ni wat latihan kebakaran utk semua murid...hmm..nama pon berlakon...boleh jalan lenggang-lenggok pulak lagi...kalau betul terbakar, mmg da rentung...sabar jerla...kene pulak diorang ni teruja dengan tapak2 kaki beruang merah-kuning yang dilukis atas lantai tu...bukan jalan laju2..malah pijak setapak demi setapak ikut tapak kaki beruang tu..cikgu yang terjerit2 konon kata "cepat!!!selamatkan diri!!!" dibuat dek..ajer...ish ish..
     Untuk makluman semua, Cikgu Nonie bersama konco2nya (termasuk admin ler tlg sket2...) bertungkus lumus siapkan tapak kaki tu sume time cuti tahun baru cina aritu...nak wat kelainan katanya..xper..benda baik..menarik minat murid..kita layanzz jer...da siap, cantiklah pulak..
     lpas sume murid n kakitangan berkumpul di Zon Selamat, Cikgu Fadilah bagi taklimat sket tentang cara nak selamatkan diri jika berlaku kebakaran n kecemasan...lepas tu, adalah suruh 2 @ 3 orang murid berlakon atas pentas...lepas tu, sume bersurai n teruskan sesi PDP dalam kelas...harap2 ingatlah hendaknya cara selamatkan diri yer anak2....

PROGRAM KEMESRAAN BERSAMA IBUBAPA

Assalammualaikum wbt..
Yess!!! pada tanggal 24 Januari 2013, ketika mana rakyat di Selangor khasnya sedang bercuti2 Malaysia di rumah ..kami berjaya mengadakan Program Kemesraan Bersama Ibubapa Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1434 Hijriah digabung pula dengan Mesyuarat Agong Badan Perhubungan Kali Kedua bertempat di perkarangan sekolah dicintai... Alhamdulillah, sambutan sangat menggalakkan dr ibubapa sendiri..mgkin kerana melayan permintaan anak @ mmg seronok nak buat kolaj dgn anak, kami xkisah..tapi, apa yg kami nampak..ikatan kasih syg yg xberbelah bagi ditunjukkan oleh semua keluarga..yg x tahu apa tu kolaj pon da jadi "pro" dah..kalah admin kutt...hihi.. Kami jangka tetamu xsampai 200 org..tapi fuhh!!! jenuh fotostat buku aturcara xcukup...hm..naseb baik "mr fotostat" tu xmeragam..by the way..THANK YOU FOR THE SUPPORT!!!lain kali macam nak buat lagi..tapi cara lain plak..BOLEH KER???APA KATA SURVEY???
    Ibubapa yg nak tengok hasil kolaj,boleh berkunjung di papan pameran sebelah kelas 5 Adnin, belakang Bilik Guru..Cikgu Nonie da tampal..tapi, maaf..cuma muat utk yg dipamer tu jer..yg lain ada dalam simpanan guru kelas..
    Lepas buat kolaj, terus adakan mesy.agong..hui..xpenah nampak ramai macamni ahli mesy..macam tetamu ceramah UIA (Ust Azhar Idrus) pulak...mmg bangga tau..mula2 nampak hambar gak..xramai nak cadang nama AJK..Kami pon main sebut jer mana kenal n biasa nampak...tapi Alhamdulillah..pemilihan kali ni xmenghampakan...masing2 bersemangat n berpandangan jauh selain sedia berkhidmat apa saja n bila2 masa.. Insya Allah.."BERSATU, BERGABUNG, MELETUP!!!"
   Upps lupa pulak..terima kasih jugak pd Nidz Catering atas sumbangan n kesudian sediakan makanan...

GOTONG-ROYONGLA PULAK..... 23 JANUARI 13

Assalammualaikum wbt...
Gambar2 ni diambil ketika kami semua bertungkus lumus gotong-royong untuk buat majlis besar pada 24 hb Jan 2013 (Cuti Maulidur Rasul)..Teraju utama gotong-royong ni Cikgu Nonie..Stat jam 12.30 tgh kami da mula gtg-ryg mengikut jadual kerje diedar..Antaranya, susun kerusi, pack hadiah, sediakan persiapan pendaftaran, basuh longkang n tandas selain kms kelas masing2 coz sok ibubapa nak wat kolaj dalam kls bersama anak2..x sabar rasa time ni nak tgk apa bakal jadi sok..takut pon ada nak jadi cikgu plak pada mak ayah budak2 comei ni...hiiii...gerun...tapi apapun, syabas pada sume yang sanggup balik lambat settle gtg-ryg dengan baik..Hanya Allah balas jasa n budi kalian...

PELANCARAN 1 TABUNG 1 KELAS

Assalammualaikum wbt... hmm..lama admin x sampaikan berita tentang prasek kami..huhu..mesti ramai tertanya-tanya apa yang berlaku d sekolah kan..??? maaf ye..baru sekarang admin ada peluang nak share... Program 1 Tabung 1 Kelas ni patutnya stat dr tahun lepas lagi..tapi, dek kerana masa suntuk masa idea tu keluar, kami tangguh pada tahun ni..Alhamdulillah stat 17 Januari aritu bermulalah sesi penabungan wang syiling oleh semua guru, pembantu n murid-murid..  Nampaknya dapat sokongan yang menggalakkan..dalam masa x sampai 2 bulan, da penuh tabung majoriti kelas..Syabas kepada semua yang rajin menabung!!! Program ni bertujuan memupuk semangat suka menabung dan menghargai nilai wang..kgkdg kanak2 ni buat xnampak jer duit syiling yg jatuh dalam longkang ker..atas lantai ker..sejak ada tabung ni, habis duit da karat pon diorang masukkan jugak...hihi..geli hati dibuatnya..tapi xper..as long as diorg suka n happy g sekolah..kami cikgi2 layan jer...Ada tu yang da order macam2 utk jamuan akhir tahun bila da penuh tabung.. nak Pizza la..KFC la..McD la..hmm...bingung gak nih..silap2 belikan Cendol "sebelah"...ok x..

Thursday 7 March 2013

MENGGAPAI CINTA ALLAH S.W.T.

Assalamualaikum w.b.t. Ahlan Wasahlan.. 
Alhamdulillah hari ini, admin nak berkongsi sedikit ilmu iaitu berkaitan dengan cara untuk kita "Menggapai Cinta dari Allah s.w.t." 

Ibnu Taimiyyah r.h. berkata: "Sesungguhnya, di sunia ini ada syurga, siapa yang belum memasukinya, dia tidak akan memasuki syurga akhirat. Mereka bertanya,'apakah itu' Dia menjawab, 'Syurga mengenal Allah s.w.t. (ma'irifatullaj), mencintai-Nya, rindu pada-Nya dan berlemah-lembut padaNya" 

Ibnu Taimiyyah r.h. berkata: "Betapa merananya penduduk dunia yang meningglkan dunia ini, dan tidak pernah merasakan yang termanis darinya. Dia ditanya, 'Apakah yang termanis di dunia?' Dia menjawab, "Manisnya bermesraan dengan Allah s.w.t." Dia juga berkata, "Sesungguhnya banyak waktu yang melewati hati. Sekiranya penduduk syurga merasakan apa yang aku rasakan dari manisnya berdekatan kepada Allah s.w.t. maka ini sudah mencukupi bagi mereka"

Tetapi mesti kita tertanya-tanya betul tak? Bagaimana cara untuk kita menggapai cinta Allah s.w.t. ?? 
caranya mudah sahaja, kerana Islam itu mudah cuma kita yang menjadikannya sukar!!

1. Jangan terus melakukan maksiat, sebaiknya cepatlah bertaubat dan beristighfar kepada Allah s.w.t. sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun dan Maha Adil. Tidak perlu nak tunggu esok, lusa, bulan depan, ke tahun depan.. tapi SEKARANG!!! sebab apa?? ingatlah "Hari ini kita hidup, esok belum tentu lagi kita dapat bernafas" 

2. Segeralah meninggalkan "Teman Buruk", teman buruk yang dimaksudkan adalah teman-teman yang suka melakukan perkara yang sia-sia dan berlumba-lumba melakukan doa seperti mengumpat, mendedahkan aurat) yang mana mengajak kita selalu melakukan maksiat dan dosa kepada Allah s.w.t.

3. Dirikan solat wajib 5 Waktu, tepat pada waktunya, iaitu dengar azan terus ambil wuduk, habis azan solat surat dan seterusnya mendirikan solat fardhu tersebut. Jangan kita lengah-lengahkan, malas..lawan saja malas itu, dengar azan terus bangun tak payah tunggu "Nantilah, awal lagi" jangan ikut SYAITAN!!

4. Belajar & menjinakkan diri untuk melakukan solat berjemaah di Masjid @ Surau.. mula-mula sekali sehari, lama-lama tingkatkanlah pula.. 3 kali sehari pi masjid tunai solat fardu..lama-lama jadikan rutin setiap bulan pi masjid. Insyaallah..

5. Perbanyakkan mengingati Allah s.w.t. Jika niat nak buat dosa, terus ingat Allah, beristighfar dan selawat ke atas Nabi Muhammad.

6. Hafalkanlah Juz 'Amma lalu lakukan solat malam sabil menghafaznya.

7. Bergaullah dengan orang yang soleh, bukan surat membebci tetapi untuk menjadikan diri kita dan fikiran kita positif dan sentiasa ingat akan Allah s.w.t., syurga dan nerakanya.

8. Berbicaralah agama dengan kawan-kawan kita, bukan apa, untuk sama-sama berkongsi ilmu dan bertukar idea, Insyaallah..

Demi Allah, barang siapa yang melakukan langkah-langkah ini, Insya Allah, dia tidak akan tersesat. Siapa yang melakukan perkara ini, dia akan menggapai "Jalan Cinta". 

Alhamdulillah.. Insya Allah kita akanbersua kembali..

<Ida Rylai Ivy :Admin>