Blogger Layouts

Mukadimah

Pra Sekolah JAIS merupaka sebuah sebuah institusi pendidikan awal kanak-kanak yang didirikan untuk pelajar yang berusia 4-6tahun. Pra sekolah ini, berada di kedudukan strategik yang mana menyingkap pelbagai kisah sejarah. Kini, pra sekolah Kg Jawa telah berkembang maju, pelbagai kemudahan dibaik pulih dan di pelbagaikan bagi keselesaan dan kesejahteraan Pelajar dan guru. Yuran yang dikenakan juga amat berpatutan dan merangkumi pelbagi aspek iaitu seperti makan dan minum, buku, dan pengajaran yang diberikan. Kini, jumlah pelajar telah pun meningkat dan Kepercayaan yang diberikan oleh Ibu Bapa sangat gemilang membuatkan kami kukuh menapak dan terus berusaha maju untuk kepentingan kanak-kanak ini.

Matlamat Pendidikan JAIS

"Memberi pendidikan asas Agama kepada semua kanak-kanak Islam di Negeri Selangor bagi melahirkan pelajar yang sepenuhnya berilmu dan berakhlak mulia kukuh dalam nilai-nilai Islam bagi mencapai muslim Mutaqqi serta mendapat keredhaan Allah"

Falsafah Pendidikan JAIS

" Satu usaha yang berterusan bagi menjamin dan memantapkan ilmu Allah dan Sunnah Rasulullah berkembang di sepanjang zaman untuk diamalkan dalam kehidupan seharian bagi melahirkan Muslim sejati yang mampu menegakkan syarat Allah di muka bumi ini"

Friday 8 March 2013

LATIHAN KEBAKARAN KALI-1 2013 @ 14 FEB

Assalammualaikum wbt..
Ha..sekarang giliran unit keselamatan n keceriaan pulak bercerita...Teraju utama unit ni.. Cikgu Nonie.. Disebabkan bulan Februari diiktiraf sebagai Bulan Keselamatan, jadi jenuhlah Cikgu Nonie rancang program...habis abg2 polis..abg2 bomba dipanggil..nasib baik x panggil askar dengan kereta kebalnya..hik hik..
    Sebagai permulaan, unit ni wat latihan kebakaran utk semua murid...hmm..nama pon berlakon...boleh jalan lenggang-lenggok pulak lagi...kalau betul terbakar, mmg da rentung...sabar jerla...kene pulak diorang ni teruja dengan tapak2 kaki beruang merah-kuning yang dilukis atas lantai tu...bukan jalan laju2..malah pijak setapak demi setapak ikut tapak kaki beruang tu..cikgu yang terjerit2 konon kata "cepat!!!selamatkan diri!!!" dibuat dek..ajer...ish ish..
     Untuk makluman semua, Cikgu Nonie bersama konco2nya (termasuk admin ler tlg sket2...) bertungkus lumus siapkan tapak kaki tu sume time cuti tahun baru cina aritu...nak wat kelainan katanya..xper..benda baik..menarik minat murid..kita layanzz jer...da siap, cantiklah pulak..
     lpas sume murid n kakitangan berkumpul di Zon Selamat, Cikgu Fadilah bagi taklimat sket tentang cara nak selamatkan diri jika berlaku kebakaran n kecemasan...lepas tu, adalah suruh 2 @ 3 orang murid berlakon atas pentas...lepas tu, sume bersurai n teruskan sesi PDP dalam kelas...harap2 ingatlah hendaknya cara selamatkan diri yer anak2....

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih.. Daun Keladi,
Esok Lusa Jenguk ler Lagi....
^_^