Blogger Layouts

Mukadimah

Pra Sekolah JAIS merupaka sebuah sebuah institusi pendidikan awal kanak-kanak yang didirikan untuk pelajar yang berusia 4-6tahun. Pra sekolah ini, berada di kedudukan strategik yang mana menyingkap pelbagai kisah sejarah. Kini, pra sekolah Kg Jawa telah berkembang maju, pelbagai kemudahan dibaik pulih dan di pelbagaikan bagi keselesaan dan kesejahteraan Pelajar dan guru. Yuran yang dikenakan juga amat berpatutan dan merangkumi pelbagi aspek iaitu seperti makan dan minum, buku, dan pengajaran yang diberikan. Kini, jumlah pelajar telah pun meningkat dan Kepercayaan yang diberikan oleh Ibu Bapa sangat gemilang membuatkan kami kukuh menapak dan terus berusaha maju untuk kepentingan kanak-kanak ini.

Matlamat Pendidikan JAIS

"Memberi pendidikan asas Agama kepada semua kanak-kanak Islam di Negeri Selangor bagi melahirkan pelajar yang sepenuhnya berilmu dan berakhlak mulia kukuh dalam nilai-nilai Islam bagi mencapai muslim Mutaqqi serta mendapat keredhaan Allah"

Falsafah Pendidikan JAIS

" Satu usaha yang berterusan bagi menjamin dan memantapkan ilmu Allah dan Sunnah Rasulullah berkembang di sepanjang zaman untuk diamalkan dalam kehidupan seharian bagi melahirkan Muslim sejati yang mampu menegakkan syarat Allah di muka bumi ini"

Friday 8 March 2013

PEMANTAUAN SKPJ @ 15 FEB

Assalammualaikum wbt...hmm..ni lagi gerun..Untuk makluman, JAIS da jalankan pemantauan Standard Kualiti Pendidikan JAIS di peringkat daerah tahun lepas...berdasarkan markah yang diperoleh, Prasekolah JAIS Kampung Jawa Klang disenaraikan sebagai salah satu calon Sekolah Cemerlang...dgr berita ni pon kami da bersyukur sangat...kami xharap yang tinggi2, apa yang paling penting, segala urusan di bahagian pentadbiran sekolah khasnya sentiasa berada di landasan yang betul dan teratur...
   Seramai 5 orang wakil dr JAIS dan 2 orang wakil dr PAID Klang hadir utk memantau sebelum pemilihan Sekolah Cemerlang...banyak dapatan ilmu bermanfaat selain perkongsian maklumat n pengalaman yang kami dapat, yang rasanya mmg sgt mmbantu kami utk uruskan sekolah dgn lbh baik lagi pada masa2 akan datang..
    Murid2 pon rasa teruja n seronok bilamana pemantau2 ni masuk n jenguk2 keadaan sekeliling n dlm kelas..tertanya2 semuanya..yang hairannya, mana yg nangis selalu pon senyap jer arini...hihi...TAKUT KER??? yela...mana ada guru lelaki kat sini..kene pulak yang datang ustaz2 ramainya...terdiamla semua...
     Tapi, dalam banyak2 cerita tentang pemantauan ni, admin xleh lupa cerita Ustaz Khuzaimi(maaf ustaz..kalau salah ejaan)...ust tu panggil sorg budak ni..xtau nama sapa coz kbtlnnya mmg xdapat nametag lagi pon...saje jer tanya.."Tahu x baca doa makan?" budak tu jwb "Tahu" bila disuruh baca...budak tu baca tapi separuh jer..ust tanya.."Lagi???"...boleh tu dgn keletahnya budak tu jawab "Kite ingat tu aje..tapi, boleh kan..???"ust tu tanya pulak tntg doa masuk tidur..sama jugak dibaca separuh jer "Allahumma Bismika Ahyaanaa..." bila ditanya, dia jawab yg sama..tapi x lupa perkataan ni "TAPI...BOLEH,KAN??" Tergelak jer ust bila dia pulak ajar boleh baca doa sekerat2..hihi..sampai sekarang admin tertanya2 siapalah agaknya gerangan murid keletah tu..
       Tapi, murid sekolah ni dipuji coz pandai bergaul n berani menjawab soalan dr orang luar..xmalu2..kira keyakinan diri baguslah..huhu...Alhamdulillah...Tahniah kepada warga kerja Prasekolah JAIS Kampung Jawa yg sama2 usaha utk meningkatkan kualiti pendidikan kita kepada peringkat yang lbh tinggi....

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih.. Daun Keladi,
Esok Lusa Jenguk ler Lagi....
^_^