Blogger Layouts

Mukadimah

Pra Sekolah JAIS merupaka sebuah sebuah institusi pendidikan awal kanak-kanak yang didirikan untuk pelajar yang berusia 4-6tahun. Pra sekolah ini, berada di kedudukan strategik yang mana menyingkap pelbagai kisah sejarah. Kini, pra sekolah Kg Jawa telah berkembang maju, pelbagai kemudahan dibaik pulih dan di pelbagaikan bagi keselesaan dan kesejahteraan Pelajar dan guru. Yuran yang dikenakan juga amat berpatutan dan merangkumi pelbagi aspek iaitu seperti makan dan minum, buku, dan pengajaran yang diberikan. Kini, jumlah pelajar telah pun meningkat dan Kepercayaan yang diberikan oleh Ibu Bapa sangat gemilang membuatkan kami kukuh menapak dan terus berusaha maju untuk kepentingan kanak-kanak ini.

Matlamat Pendidikan JAIS

"Memberi pendidikan asas Agama kepada semua kanak-kanak Islam di Negeri Selangor bagi melahirkan pelajar yang sepenuhnya berilmu dan berakhlak mulia kukuh dalam nilai-nilai Islam bagi mencapai muslim Mutaqqi serta mendapat keredhaan Allah"

Falsafah Pendidikan JAIS

" Satu usaha yang berterusan bagi menjamin dan memantapkan ilmu Allah dan Sunnah Rasulullah berkembang di sepanjang zaman untuk diamalkan dalam kehidupan seharian bagi melahirkan Muslim sejati yang mampu menegakkan syarat Allah di muka bumi ini"

Friday 8 March 2013

PROGRAM KEMESRAAN BERSAMA IBUBAPA

Assalammualaikum wbt..
Yess!!! pada tanggal 24 Januari 2013, ketika mana rakyat di Selangor khasnya sedang bercuti2 Malaysia di rumah ..kami berjaya mengadakan Program Kemesraan Bersama Ibubapa Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1434 Hijriah digabung pula dengan Mesyuarat Agong Badan Perhubungan Kali Kedua bertempat di perkarangan sekolah dicintai... Alhamdulillah, sambutan sangat menggalakkan dr ibubapa sendiri..mgkin kerana melayan permintaan anak @ mmg seronok nak buat kolaj dgn anak, kami xkisah..tapi, apa yg kami nampak..ikatan kasih syg yg xberbelah bagi ditunjukkan oleh semua keluarga..yg x tahu apa tu kolaj pon da jadi "pro" dah..kalah admin kutt...hihi.. Kami jangka tetamu xsampai 200 org..tapi fuhh!!! jenuh fotostat buku aturcara xcukup...hm..naseb baik "mr fotostat" tu xmeragam..by the way..THANK YOU FOR THE SUPPORT!!!lain kali macam nak buat lagi..tapi cara lain plak..BOLEH KER???APA KATA SURVEY???
    Ibubapa yg nak tengok hasil kolaj,boleh berkunjung di papan pameran sebelah kelas 5 Adnin, belakang Bilik Guru..Cikgu Nonie da tampal..tapi, maaf..cuma muat utk yg dipamer tu jer..yg lain ada dalam simpanan guru kelas..
    Lepas buat kolaj, terus adakan mesy.agong..hui..xpenah nampak ramai macamni ahli mesy..macam tetamu ceramah UIA (Ust Azhar Idrus) pulak...mmg bangga tau..mula2 nampak hambar gak..xramai nak cadang nama AJK..Kami pon main sebut jer mana kenal n biasa nampak...tapi Alhamdulillah..pemilihan kali ni xmenghampakan...masing2 bersemangat n berpandangan jauh selain sedia berkhidmat apa saja n bila2 masa.. Insya Allah.."BERSATU, BERGABUNG, MELETUP!!!"
   Upps lupa pulak..terima kasih jugak pd Nidz Catering atas sumbangan n kesudian sediakan makanan...

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih.. Daun Keladi,
Esok Lusa Jenguk ler Lagi....
^_^