Blogger Layouts

Mukadimah

Pra Sekolah JAIS merupaka sebuah sebuah institusi pendidikan awal kanak-kanak yang didirikan untuk pelajar yang berusia 4-6tahun. Pra sekolah ini, berada di kedudukan strategik yang mana menyingkap pelbagai kisah sejarah. Kini, pra sekolah Kg Jawa telah berkembang maju, pelbagai kemudahan dibaik pulih dan di pelbagaikan bagi keselesaan dan kesejahteraan Pelajar dan guru. Yuran yang dikenakan juga amat berpatutan dan merangkumi pelbagi aspek iaitu seperti makan dan minum, buku, dan pengajaran yang diberikan. Kini, jumlah pelajar telah pun meningkat dan Kepercayaan yang diberikan oleh Ibu Bapa sangat gemilang membuatkan kami kukuh menapak dan terus berusaha maju untuk kepentingan kanak-kanak ini.

Matlamat Pendidikan JAIS

"Memberi pendidikan asas Agama kepada semua kanak-kanak Islam di Negeri Selangor bagi melahirkan pelajar yang sepenuhnya berilmu dan berakhlak mulia kukuh dalam nilai-nilai Islam bagi mencapai muslim Mutaqqi serta mendapat keredhaan Allah"

Falsafah Pendidikan JAIS

" Satu usaha yang berterusan bagi menjamin dan memantapkan ilmu Allah dan Sunnah Rasulullah berkembang di sepanjang zaman untuk diamalkan dalam kehidupan seharian bagi melahirkan Muslim sejati yang mampu menegakkan syarat Allah di muka bumi ini"

Thursday 18 October 2012

Telaga Zam-zam


Assalamualaikum.. jum ikuti cerita sejarah ini..

Tempat di mana Hajar dan Ismail itu ditinggalkan oleh Ibrahim yang dikatakan padang pasir tandus tidak bermanusia itu, adalah kota Mekah yang sekarang ini. Mulai saat itulah mula sejarah Mekah dengan Telaga Zamzamnya. 
Hajar bulat rnenyerahkan nasibnya kepada Allah, dengan sabar dan tenang. Dimakannyalah bekalan yang masih ada padanya, diminumnya pula air yang masih tinggal. Akhirnya semua makanan dan air pun habislah. Tinggallah ibu dan anak menunggu nasib dengan perut yang kosong dan lapar, suatu penderitaan yang tak pernah dialami manusia lain. Anaknya yang masih memerlukan susu, jangankan akan mendapat susu, air mentah saja pun tidak ada di situ. Perut semakin lapar, kerongkong semakin kering dan minta dibasahi dengan air. Panas terik padang pasir tidak pula kepalang tanggungannya. Sedang badannya yang mulanya kuat sekarang sudah beransur kurus dan lemah pula. Tidak ada daya dan ikhtiar yang dapat dijalankan, selain hanya mencucurkan airmata sebanyak banyaknya, dan dengan airmata itulah hanya keadaan kering itu dapat dibasahkan sedikitnya. Ya, nasib yang tidak pernah dialami. 
Kerana lapar dan dahaga yang tak terperikan itu, mulalah si anak itu menangis sekuat kuatnya. Tetapi akhirnya kelemahan badan tidak memberikan kekuatan lagi kepadanya untuk menangis, selain hanya mengesak esak saja. Matanya mulai cukam, badannya semakin kurus juga. Akhirnya anak yang malang itu memperlihatkan tanda-tanda yang tak dapat diceritakan sama sekali, seakan akan putus nafasnya karena terlalu dahaga. 
Hajar mencuba sekuat tenaga mempertahankan jiwa sang anak dan sabar atas dirinya sendiri. Tetapi apa yang dapat dia lakukan? Akhirnya anak yang sudah payah keadaannya itu diletakkannya di atas pasir, sedang dia sendiri pergi mencari air, lalu datang melihat muka anaknya kembali. Lalu pergi pula mencari air, dan lari pula mendapatkan dan melihat wajah anaknya yang ditinggalkan itu. Demikianlah seterusnya berturut turut, antara dua tempat yang sekarang ini dinamakan Safa dan Marwah. Setiap kali dia kembali mendapatkan anaknya, dia lihat tanda tanda adanya air di tempat yang bernama Safa itu. Tetapi setelah didatanginya, tidak ada air sama sekali. Lalu dia kembali ke tempat anaknya, iaitu Marwah. Demikianlah berturut turut tujuh kali pergi dan balik. 
Sedang anak yang kelaparan yang ditinggalkan sendirian itu semakin mengeluh dan mengesak esak, menangis dengan tak bersuara lagi. Kasihan, sayang, letih, ikhtiar dengan segala tenaga. Tetapi semua sia sia belaka. 
Akhirnya Hajar duduk terhenyak, tidak tahu apa yang harus dilakukan lagi. Dengan menoleh terus ke wajah anaknya yang dicintai; peluh mengalir bercucuran dari dahinya. Dengan titikan peluh dibasahi bibir anak yang sudah amat kering itu. Alangkah gembiranya Hajar, kerana dilihatnya anak itu masih hidup. Anak itu diciumi dan dirangkul ke dadanya rapat rapat. Nampak pula dengan jelas bahawa anak yang kecil itu sendiri pun turut sama mengeluarkan airmata. 
Hanya kepercayaan terhadap Allah, menjadikan Hajar tidak berputus sasa. Dengan kepercayaan ini sajalah dia berteman ketika itu, menghadapi kesedihan yang tidak dapat dibendung. Dengan kepercayaan ini pulalah dia yakin yang akhirnya dia akan terbebas jua dari kesedihan ini. 
Setelah ternyata yang anaknya masih hidup, kembali dia pergi meninggalkan anak itu, mencari air di tengah tengah gurun pasir. 
Akhirnya, setelah kembali mendapatkan anaknya, tak begitu jauh dari tempat itu, tiba tiba Hajar melihat setumpuk pasir yang selama ini kering tampaknya agak basah. Setelah dipegang dengan telunjuknya, betul betul pasir itu basah berair. Lalu pasir itu digalinya. Makin dalam digali makin basah dan akhirnya setelah agak dalam, airnya muncul, dengan kudrat dan iradat Allah s.w.t. terpancarlah di situ sebuah mata air yang kita namai Telaga Zamzam sekarang ini. 
Hajar dan anaknya (Ismail) minumlah sepuas puasnya sambil mengucapkan syukur dan puji terhadap Allah yang telah mengabulkan doanya dan doa Nabi Ibrahim tatkala berangkat meninggalkan mereka berdua. 
Karena air Zamzam inilah akhirnya burung burung padang pasir, seekor demi seekor mendekat ke sana menghabiskan dahaga hausnya. Dan dari jejak burung inilah makanya hamba Allah yang bernama manusia yang hidup di tengah tengah padang pasir itu, sama sama datang ke sana pulauntuk mendapatkan air penghilang dahaga. 
Akhirnya tempat itu menjadi ramai juga, dijadikan tempat tetap oleh rombongan demi rombongan manusia yang mengenalnya. Hajar dan Nabi Ismail termasuk salah satu anggota masyarakat dan hidup bersama sama mereka di tempat itu. Inilah yang nanti dinamakan kota Mekah sebagai yang kita terangkan di atas. 
Zaman berganti zaman, abad berganti abad, tempat itu terus menerus menjadi tempat berhimpunnya manusia. Pun sampai zaman sekarang, lebih lebih setelah Agama Islam memerintahkan kaum Muslimin berhaji ke sana. 
Dari cara perjalanan sejarah Hajar dan Ismail inilah diambil sebahagian besar cara ibadat haji yang diwajibkan Islam. Misalnya lari (sai) antara Safa dan Marwah tujuh kali dan lain lain ibadat yang akan kita sebutkan nanti. Dan dari keturunan Nabi Ismail pulalah, akhirnya lahir Nabi Muhammad s.a.w. di kota Mekah itu. Doa Nabi Ibrahim dikabulkan Tuhan.

 Aaminn Ya Rabbal Aalamin
 Sekian sahaja, cerita kami.. (^^)

Dihukum Kerana Menderhakai Ibu

Assalamualaikum Jom kita baca cerita ini??
ambil ikhtibar dan pengajaran..

Suatu hari seorang alim berniat untuk pergi ke Tanah Suci mengerjakan ibadah haji. Waktu dia meminta izin kepada ibunya, ternyata ibunya yang sudah tua itu sangat keberatan. Menurut ibunya, “Tunda dahulu keberangkatanmu sampai tahun depan”. Ia merasa bimbang terhadap keselamatan anaknya, kerana orang alim itu adalah satu-satunya anak yang hidup dari hasil perkahwinan dengan almarhum suaminya.
Rupanya orang alim yang soleh itu sudah tidak dapat menahan keinginannya untuk menunaikan rukun Islam yang kelima. Maka, walaupun tidak mendapat restu dari ibunya, dia berkemas-kemas lalu berangkat menuju ke Tanah Haram. Jelas keputusannya ini bertentangan dengan ajaran Nabi kerana redho Allah bergantung kepada redho orang tua, begitu pula murka Allah terletak dalam murka orang tua.


Ketika menyaksikan anaknya yang pergi juga, ibu yang sudah tua itu tergopoh-gapah mengejar anaknya. Akan tetapi anaknya itu sudah telalu jauh. Dia tidak mendengar suara ibunya yang memanggil-manggil sambil berlari-lari itu. Dalam marahnya ibu yang sangat cinta kepada anaknya tersebut menadahkan kedua tangannya lalu berdoa: “Ya Allah, anakku satu-satunya telah membakar diriku dengan panasnya api perpisahan. Ku mohon pada-Mu, balaslah dia dengan seksaan yang setimpal. Sebagai ibunya, aku merasa sakit hati, ya Allah.”

Doa ini jelas tidak pada tempatnya bagi seorang ibu yang seharusnya bijaksana. Sebab di antara doa-doa yang dikabulkan adalah doa seorang ibu terhadap anaknya. Bumi seolah-olah bergoyang mendengar doa ini. Namun orang alim tadi terus juga berjalan. Dekat sebuah kota kecil sebelum sampai tempat tujuannya, orang alim itu berhenti melepaskan lelah. Menjelang Maghrib dia berangkat ke masjid dan solat sampai Isyak. Sesudah itu ia terus mengerjakan solat-solat sunat dan wirid hingga jauh malam.Secara kebetulan di sudut kota yang lain, pada malam itu terjadi peristiwa yang menggemparkan. Ada seorang pencuri yang masuk ke dalam rumah salah seorang penduduk. Orang yang punya rumah terjaga dan bersuara. Tiba-tiba pencuri itu terjatuh kerana terlanggar suatu benda di kakinya. Ketika terdengar bunyi sesuatu yang jatuh itu, maka orang yang punya rumah pun memekik-mekik sambil berkata: “pencuri! pencuri.”

Seisi kampung terbangun semuanya. Dengan ketakutan pencuri itu lari sekuat tenaga. Orang-orang kampung terus mengejarnya. Pencuri itu lari ke arah masjid dan masuk ke halaman masjid tersebut. Orang-orang pun mengejar ke sana. Ternyata pencuri itu tidak ditemukan di dalam rumah Allah itu.

Salah seorang di antara mereka memberitahu kepada pemimpinnya: “Kita sudah mencari di sekeliling masjid, namun tidak ada bekas-bekasnya sedikitpun.”


Yang lainnya pula berkata: “Tidak mungkin dia ditelan bumi, aku yakin dia belum lari dari sini. Kalau di luar masjid tidak ada, mari kita cari ke dalam masjid. Berkemungkinan dia bersembunyi di situ.”


Maka orang-orang pun masuk ke dalam masjid. Ternyata betul, di dekat mimbar ada seorang asing sedang duduk membaca tasbih. Tanpa bertanya-tanya lagi orang itu ditarik keluar. Tiba di halaman masjid, orang tadi sudah terkulai dan pengsan kerana dipukul beramai-ramai. Penguasa hukum di kota tersebut malam itu juga memutuskan suatu hukuman yang berat kepadanya atas desakan masyarakat yang marah. Maka orang tersebut diikat pada tiang dan dicambuk badannya.

Keputusan dari hakim ini jelas menyalahi ajaran Nabi, bahawa seorang hakim seharusnya menyelidiki hingga hujung suatu perkara, dan tidak boleh menjatuhkan keputusan berdasarkan hawa nafsu. Begitu juga walaupun lelaki itu dituduh menodai kesucian masjid kerana bersembunyi di dalamnya, dengan berpura-pura bersembahyang dan membaca wirid, padahal dia adalah pencuri.

Pagi-pagi lagi seluruh penduduk kota itu sudah berkumpul di pasar menyaksikan jalannya hukumam qisas itu. Selain algojo melaksanakan tugasnya, orang-orang pun bersorak-sorak melihat si alim dicambuk hingga pengsan. Mereka tidak lagi mematuhi ajaran Islam untuk berbuat adil terhadap siapa saja, termasuk kepada pencuri yang jahat sekalipun. Darah memercik ke sana ke mari, orang-orang kelihatan semakin puas.


Semakin siang semakin ramai orang yang berkumpul menonton dan meludahi pencuri yang terkutuk itu. Dalam kesakitannya, orang alim yang dihukum sebagai pencuri itu mendengar salah seorang penduduk yang berkata: “Inilah hukuman yang setimpal bagi pencuri yang bersembunyi di dalam masjid!” Sambil meludah muka orang alim tersebut. Orang yang dihukum yang dianggap pencuri ini dengan suara yang tersendat-sendat membuka mulutnya berkata: “Tolong jangan katakan demikian. Lebih baik beritahukanlah kepada orang ramai bahawa saya ini adalah hamba Allah yang ingin mengerjakan ibadah haji, tapi tidak mendapat restu dari orang tua.”

Mendengar ucapan ini, orang yang mendengar jadi terkejut dan menanyakan siapakah dia sebenarnya. Orang alim tadi membuka rahsianya, dan masyarakat jadi serba salah. Akhirnya mereka terpaksa memberitahukan hal itu kepada hakim.


Setelah hakim itu datang dan tahu duduk perkara yang sebenarnya, maka semua mereka menyesal. Mereka kenal nama orang alim itu, iaitu orang yang soleh dan ahli ibadah. Cuma belum pernah tahu rupanya. Ibu-ibu yang hadir serta orang tua lainnya ramai yang merasa sedih tidak dapat menahan diri, tapi sudah tidak ada gunanya.

Malamnya, atas permintaan orang alim itu setelah dibebaskan dari seksaannya, dihantarkan ke rumah ibunya. Pada waktu orang alim tersebut akan dihantar, ibunya telah berdoa: “Ya Allah, jika anakku itu telah mendapatkan balasannya, maka kembalikanlah dia kepadaku agar aku dapat melihatnya.”


Begitu selesai doa si ibu, orang yang membawa anaknya pun sampai. Orang alim itu minta didudukkan di depan pintu rumah ibunya, dan mempersilakan orang yang mengantarnya itu pergi. Sesudah keadaan sunyi kembali, tidak ada orang lain, maka orang alim itupun berseru dengan suara yang pilu: “Assalamualaikum.”

Maka terdengarlah suara oang tua yang menjawab salamnya dari dalam. Bergetar hati si alim mendangar suara itu: “Saya adalah musafir yang terlantar. Tolonglah beri saya roti dan air sejuk,” kata orang alim itu menyamar diri.

“Mendekatlah engkau ke pintu. Hulurkan tanganmu melalui celah pintu,” jawab suara tadi dari dalam.

“Maaf, saya tidak boleh mendekati pintu kerana kedua kaki saya sangat kaku. Saya juga tidak dapat menghulurkan tangan melalui celah pintu, kerana tangan saya terasa letih.”


“Jadi bagaimana caranya?” Si ibu mengeluh kehilangan akal. “Antara kita ada pemisah yang tidak boleh dilanggar. Engkau lelaki yang tidak saya kenal, dan saya, walaupun sudah tua, adalah seorang perempuan.”

“Jangan bimbang wahai puan,” kata orang alim tersebut. “Saya tidak akan membuka mata kerana kedua mata saya sangat pedih, jadi saya tidak akan melihat ke arah puan.”

Mendengar jawapan itu, tidak beberapa lama kemudian perempuan itu pun keluar membawa sepotong roti dan segelas air sejuk. Orang alim itu begitu saja merasakan kehadiran ibunya, sudah tidak mampu lagi menahan diri. Ia memeluk kaki ibunya dan menjerit sambil menangis: “Ibu, saya adalah anak ibu yang derhaka.” Ibunya pun merasa sedih. Dipandangnya orang cacat di mukanya itu lalu ia menjerit ternyata adalah anaknya. Mereka berdua saling berpelukan dalam tangisan.

Ketika itu juga perempuan tersebut menadahkan tangannya memohon ampun kepada Allah: “Ya Allah, kerana telah jadi begini sungguh saya menyesal atas kemarahan saya kepada anak sendiri, saya bertaubat untuk tidak mengulangi lagi perkara ini, ampunilah saya ya Allah, serta ampunilah dosa orang-orang yang menyeksanya kerana kami semua telah disesatkan oleh godaan iblis dengan nafsu marah.”

Sekian, wassalam.. 

Thursday 4 October 2012

Adab Belajar & Intelek

Assalamualaikum.. salam sejahtera
admin ucapkan...
hari ini admin nak berkongsi sedikit ilmu tentang :-

Adab Belajar

Adab menuntut ilmu (Imam AL-Ghazali)

  • Bersihkan Jiwa
  • Niat yang Benar
  • Tahu Mulianya Ilmu
  • Kurangkan Urusan Dunia 
  • Merendah Diri dengan Ilmu
  • Merendah diri dengan Guru
  • Elak Kontradisi/ Baik sangkaan
  • Tahu Hubungan Ilmu dan Tujuan
  • Bertahap-tahap dalam menuntut Ilmu
  • Saksama pada semua Bidang
  • Khatam Ikut Bidang
Cara Meningkatkan Intelek
  • Penyediaan Sikap : Yakin, Berani & Positif
  • Budaya Membaca (bahan yang sesuai)
  • Budaya mengenalisis ilmuan
  • sistem sokongan yang kondusif
  • Budaya Kritikal (mengkritik dan dikritik)
  • Budaya "thing aloud"
  • Bertanya, memberi pendapat
  • Budaya berdokumentasi dan berkongsi
  • Makatan tambahan sesuai untuk otak
  • Mencatat, menulis dan menghebah
  • Menghafal
  • Mengamalkan 
  • Menilai
  • Membaiki
  • Doa Perangsang Minda
  • Rawatan
  • Merangsang Otak
Bagaimana merangsang EQ
  • Jaga Ibadah & Doa
  • Mengenal diri
  • Kenal Pasti & Masalah
  • Cuci
  • Bentuk Sense of Survival
  • Berkawan dengan orang yang pandai
  • Sentiasa Ceria dan bersemangat
  • Kawal Emosi
  • Buang Sifat Mazmumah
  • Diganti sifat Mahmudah
Bagaimana Merangsang SQ
  • Penyayang
  • Prihatin
  • Empati
  • Menolong Orang
  • Maafkan Orang
  • Doakan Orang
  • Bahagiakan rumah tangga/ baik sangka
  • Sentiasa cari kawan baru
  • Cari peluang berinteraksi dan mengukuhkan hubungan
  • Pecahkan tembok pemisah di kalangan kawan
  • Rawat Konflik
  • Ziarah
  • Beri Hadiah jiran, orang yang mengumpat
  • Elakkan Makan bersendirian
  • Amalkan solat berjemaah
  • Bekerja secara berjemaah

Wednesday 26 September 2012

Majlis Konvokesyen 2012

Assalamualikum.. heheh
today, admin nak kongsi sedikit cerita heheh 
almaklumlah, at the end of year.. so macam2 la rancangan pihak sekolah buat untuk 
kenangan terakhir bersama pelajar2  yang berusia 6 tahun niep.. heheh
:) jadi, admin pun tumpang gembira.. walaupun mereka masih lagi kecil,
tapi tidak salah jika kita buat konvo.. sekurang nya mereka rasa di hargai dan kebolehan mereka 
dilihat oleh pihak sekolah. Malahan, jika kita buat konvo untuk pelajar kecil niep.. mereka
dapat rasakan suasana seronok dapat sijil penghargaan, hadiah lagi2 jika berjaya.. secara langsung mereka
akan lebih berusaha untuk mendapat pengiktirafan pada masa depan.. Betul tak?
aha!! jadi.. tak rugi pon kita buat konvo.. yes!! setuju Guru & Kakitangn akan penat rite?? 
but kejap ja.. tak kan lah dengan pelajar sendiri pun nak merungut?? ALAHAI GURU
Relax.. dalam masa sama sebagai guru yang baru sahaja menceburi bidang perguruan, niep akan dapat pengajaran & ilmu tentang pengurusan.. dan dpt idea macam nk ceria kan event2 kat sekolah kita.. hehehh 

itu ja kot.. admin nk ngomel kat sini..
len2 bila lapang admin share k??
(^_^)

Sunday 23 September 2012

Sakura Klang

BUNGA SAKURA
TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK KELANG
@
PRA SEK JAIS KG JAWA KLANG
Hehehe nie la.. snap masa awal pagi.. di perkarangan dataran pra.. heheh
sweet ja kan?? ala2 korea gitu...
(^_^)

Senarai Pelajar 2013

PELAJAR 4 TAHUN :-
(Perempuan & Lelaki)
  1. Nik Nor Damia Qistina Bt Che Abdullah.
  2. Hanis Najwa Bt Syamsuddin.
  3. Nurqairyna Aleesya bt Ahmad Faisal.
  4. Ameer Harith bin Bakhri.
  5. Muhammad Irshad Hadi bin Md Mohasin.
  6. Muhamad Asyraf Aiman Bin Jalani
  7. Muhammad Khwarizmi Fitri b Ismanazrin.
  8. MUhammad Fadhlil Wafi b Mohd Faisal.
  9. Ahmad Hasif Najhan b Muhammad Norhaizan
PELAJAR 5 TAHUN :-
(Lelaki)
  1. Abdul Qahhar b Abdul Rahman.
  2. Hafiy Nazhan b Shahrol Azani.
  3. Imran Adlie b Mokhtar.
  4. Muhamad Adam Mikhail b Shaharuddin.
  5. Muhammad Adam Safwan b Mohd Rizal.
  6. Muhammad Adam Sufi b Zulkifli.
  7. Muhamad Alma b Kamarulzaman.
  8. Muhamad Alif Asyraaf b Abdullah Zawawi.
  9. Muhamad Arif Asyraaf b Abdullah Zawawi.
  10. Muhamad Amir Sarbi b Sulaiman.
  11. Muhamad Aqil Danish b Mohamad Nazli.
  12. Muhamad Aziq Aiman b Saharuddin.
  13. Muhammad Danish Muqri b Roshdan
  14. Muhammad Danial Haizal b Mohd Suhaimi.
  15. Muhamad Firman b Firdaus Farikh Syah.
  16. Muhamad Faiz Irham b Mohd Rizal.
  17. Muhammad Faris Aizat b Shaqiq Balkhi
  18. Muhamad Is'ad Ilyas b Muhamad Ishak.
  19. Muhamad Irfan Dainish b Mohd Syazwan.
  20. Muhammad Nurzarrif Danial b Sharifulni.
  21. Muhamad Naqib b Johari.
  22. Muhammad Tharif Afkar b Azhar.
  23. Mohammad Wafiq Najwan b Mohd Nizam.
  24. Muhammad Zulzaffan b Zulkifli.
  25. Ridhzuan Aqib b Roslan.
  26. Tengku Mohd Riesman Zien b Tengku Mohd Yaccob.
(Perempuan )

  1. Aiyani bt Sazali
  2. Aqilah Farhunnisa bt Shaiful Bahsir.
  3. Dania Farhana bt Mohd Fadzli
  4. Farah Hani Batrisya bt Mohammad Razman.
  5. Izzah Batrisya bt Nor Hazimi.
  6. Myiesha Zanariah bt Ezwan Iskandar.
  7. Nor Athilah bt Mohd Zaini.
  8. Nur Aina Humaira bt Muhd Khairul Darimi.
  9. Nur Ain Farhana Bt Mohd Asri.
  10. Nor Aishah Mohd Rosedi.
  11. Nur Alya Qistina bt Haizarisham.
  12. Nur Daratul Syahirah bt Mohamad Amirul Nizam.
  13. Nur Dania Batrisya bt Shaharin.
  14. Nurdina Amiza bt Aminuddin.
  15. Nur Faiqah Dayanah bt Nidzomuddin.
  16. Nurul Iman Syuhadah bt Muhamed Fariq.
  17. Norsyaffaf bt Ruddy Norhaimmee.
  18. Nur Yasmen Humaira bt Mohd Fadzli.
  19. Nurzulaikha Insyirah bt Zulfadzly
  20. Nurul Batrisyia Najihah bt Azmi
  21. Nurul Farah Atiqah bt Ismail.
  22. Nurul Imani Husna bt Rozlan.
  23. Nurul Nafasha bt Mohammad.
  24. Puteri Nur Diyanah bt Mohamad Nazli.
  25. Rafiqah Dania Sharomi bt Romy
  26. Rabiatul Adawiyah bt Azhan.
  27. Raja Nur Hijrina bt Raja Norzaharman.
  28. Siti Auni Zahirah bt Mohd Jamsani.
  29. Siti Farah Adeeba bt Shaik ABdul Malik.
  30. Siti Nur Natasha bt Mohamad Ali.
  31. Siti Zulaiqah bt Nor Hanafi.
Jadi... ini lah keseluruhan senarai nama pelajar 4 tahun & 5 tahun untuk kemasukan 2013
heheh... 

Cara Buat Nasi Ayam ^-^

Assalamualaikum.. pembuka bicara, sebagai sajian utama.. heheh
bermadah ler pula kan?? hehhe ( , " )
Orite.. jom kita belajar cara nak buat nasi ayam dengan cara yang mudah...
(kalau ada kurangnya same2 la kita kongsi untuk betulkan )

Bahan A :-

  • 10 cawan air 
  • 1 ekor ayam (potong 4)
  • 5 biji bawang merah (hiris)
  • 3 ulas bawang putih (hiris)
  • 2 inci halia (hiris)
  • 2 inci kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 biji pegaga
  • garam secukupnya
  • kiub sop ayam (Knor kalau nak tak nak x yah..nie nk pekatkan ja)
  • Sedikit Minyak.


Bahan B :-
  • 4 cawan beras mati (basuh & tus)
  • 1 biji timun (buang kulit nyer... & hiris bulat2 )
  • 1 biji Lobak Merah (Hiris & Basuh)
  • 3 biji Tomato
  • 3 biji limau kasturi (ambil jus)
  • 1 tangkai daun sop (diracik)
Bahan C :-
  • Kicap Bilal @ Kipas Manis & masin
  • Madu
  • Garam
  • Cili Merah
  • Cili Padi
  • Bawang Putih
Cara Nak Buat Pula :-
SOP :
  1. Panaskan minyak...pai panas k?
  2. Masukkan bahan A (bawang merah, bawang putih, halia, kayu manis, bunga lawang, pelaga & bunga cengkih) ke dalam minyak panas.. & tumiskan hingga naik bau...
  3. Masukkan Air yang 10 cawan tuh...
  4. Dah Mendidih.. masukkan Kiub pula..
  5. Biarkan selama 5 minit, bagi sebati bahan dalam air tadi..
  6. Kiub dah hancur, masukkan ayam 
  7. Masukkan Garam & sedikit AJi (x nak pun x apa)
  8. Tunggu hingga mendidih & dah nampak ayam dah masak.. angkat ayam tuh dan toskan.
  9. Rasa Kuah Tadi tuh.. sedap tak?? tambah garam lau tawar
AYAM :
  1. Sejukkan ayam...
  2. Panas kan minyak..
  3. Gaulkan ayam dengan Kicap & Madu..
  4. Goreng dengan api kecik ja..
  5. Sampai masak.. (kejap ja tau? )
  6. Angkat & Hias
Bahan Lain :
  1. Potong Bulat (timun, lobak & Tomato )
  2. Hias dalam pinggan..
  3. Masukkan daun sop & bawang dalam Sop tadi. (bawang kering pun Ok)
SOS MERAH :
  1. Blender kan bawang putih & cili merah.
  2. Rebus 
  3. Letak garam & Aji
  4. Biar sampai menggelegak..
  5. RAsa & angkat
  6. Perah Limau (kalau nak masam)
  7. Letak cili padi kalau nak pedas k?
hehehe dah siap.. boleh hidang & makan....
Fuhh!! Lapar pulak..
jom2 Pi makan.. 
Lunch Time.. heheh 
^^

Kentang Wedges (Simple)

Assalamualaikum.. ^^
Today.. tetiba ja rasa cam nk kongsi sedikit ilmu eceh!! hahah tentang
menu masakan.. simple ja.. nk buat pon senang.. yg penting "BERANI MENCUBA"
pasti akan berjaya.. keh keh

SO, ri niep menu simple that is wedges ^_^

Bahan-bahan yg di perlukan adalah :-

  1. 500gm    kentang (buang kulitnya)
  2. 1 cawan tepung serbaguna (ala2.. KFC gitu...)
  3. 1 sudu teh serbuk lada sulah 
  4.  Air secukupnya
  5. Minyak masak 
  6. Garam secukupnya
Cara nak buat pula :-
  1. Potong kentang & rebuskan dengan sedikit garam, masakkan separuh lembut & toskan.
  2. Masukkan tepung serbaguna & serbuk lada sulah ke dalam mangkuk.
  3. campurkan sedikit air ke dalam bahan tadi. kacau sehingga sebati (jagan terlalu pekat @ cair )
  4. masukkan kentang tadi dan kacau.
  5. panaskan minyak & goreng sehingga keperangan (guna api kecil ja)
  6. sedia dihidangkan.. 
Senangkan??? 
Hidangn sarapan untuk keluarga tersayang..
heheh
^^

Monday 17 September 2012

Program Raya Merdeka 6-Sep-2012

Assalamualaikum... heheh kelewatan untuk mengupdate menjadikan blog ini sunyi??
fakta or AUta?? haha sebenarnya dalam otak niep banyak jugak nk share.. well lau kat facebook pon dah meracau.. kalau boleh sehari tuh.. 100 nak post.. kah kah.. tapi.. still ikut perkembangan ok? today..
nak share kenangan manis kami.. masa adanyer program Raya Merdeka "12"..
let it show... ^^
KELAS 4 ELIT SOLEH
Guru : Pn Nor Shah Hani
"Kami comel lagi sweet"

EVENT MERDEKA RAYA 6 SEPT 2012
Semua Terlibat secara langsung & Tidak Langsung
Ribuan Terima Kasih kami ucapkan..

PELAJAR DI BERIKAN TAKLIMAT
"Semoga perjalanan hari ini, seindah mentari yg baru terbit"

6 MA'WA
GURU :Pn Hasnah
Pembantu :Pn Zaharah 

AHA.. CAKK!!
Snap di mana pelajar duduk???

TERBAIK..
Persembahan penuh bersemangat....
kami pon Ok!

6MUAQAMAH
GURU :Pn Haryati
Pembantu :Pn Norizan AHmad

PAKAIAN SERASI RAYA
Sweet.. tapi macam gaduh??? yeker? "
jeng jeng... shuuutttt

PENYAMPAIAN HADIAH
"tahniah kepada semua pemenang"

PN NOR FADHILAH (GPK1)
smile.. dah 45 tahun berkhdmat tau?? wahh...
terbaik...^^

PN NORFARHANA (GURU BESAR)
diiringi pelajar 5 Firdhaus.. ops. nk masuk kena tol gak?
nasig layan jer la.. GB... asal masuk k?

SELAMAT HARI RAYA
pelitta niep penting... 

BERHIMPUN
"beratur jom!"

5 ADNIN
snap candid

LAPA!! MAKAN JOM??
tenguk pelajar pon leh beratur.. kita?
aha.. tepuk dada tanya selera la..

LAMBAIAN GURU PENDIDIK..^^



banyak juga yg turut dipertandingkan... nk tahu?? nie dye..
1) kelas tercantik merdeka raya 2012
2) pertandingan mewarna
3) pertandingan melukis
4) Nyanyian Merdeka Raya per kelas..

maaf.. dipinta dari kami.. warga Pra Sek JAIS KG Jawa... ^_^
buka buku baru jom.. lupa kan yg lepas.. untuk maju ke depan.. ^_^

Wednesday 12 September 2012

Lama Tak Ber Blogger

Assalamualaikum... 
dah lama jugak admin tak update cerita or apa-apa saja story yang berkaitan dengan aktiviti Pra 
Sekolah Kg Jawa Klang. Fakta nyer.. dah banyak sangat aktiviti yang berlansung sepanjang admin
tak update apa-apa cerita. sebenarnya, update Blog tidak semudah FB!! hahaha 
memandai ja.. kan? senang sajer.. tapi masa banyak dihabis kan untuk mengarang dan menyediakan 
tajuk & Mood hehehehe.. lau mood ok.. cantik lah blog kita buat, kalau tidak.. ermm haram..
Now! fakta nyer.. admin blur ++++ Tension bila apa yg admin arrange kat blog niep nampak tak semenggah 
dan HURU-HARA huhuhu
tapi, Alhamdulillah dah semakin ok... tapi link pulak problem...
yang pastinya berkaitan IT admin memerlukan masa seorang & mendengar lagu Hardcore untuk 
update hahhah GILER!!
apa pun.. thanks kepada Pra kerana sabar dengan admin sebb bnyak perkara admin tak update huhuhu 
I'M SORRY... ^^

Now... it begin.. and Insyaallah.. admin akan update apa jua perkara termasuk yang lepas2 ok??
jadi... ikuti perkembangan pra kami di www,facebook.com/prasekolah.kgjawa 

heheh ^^

Monday 13 August 2012

Persiapan Majlis Khatam Al-Quran

Assalamualaikum....
hye..dan selamat berpuasa kepada semua umat islam..
heheh admin pun ucap kat diri sendi kih kih...
minggu ini, pra sibuk dengan persiapan mana tak nyer.. khamis ini 
bakal diadakam program "Khatam Al-Quran" peringkat sekolah..
aha..dah bnayk sumbangan kami dapt daripada ibu bapa pelajar.. Alhamdulillah
admin ucapkan terima kasih kerana memberi sokongan kepada kami dan 
memberikan dorongan kepada kami dalam segala hal or aktiviti yang kami adakan.. ^^

Ok la.. memandangkan minggu niep baru persiapan.. jadi admin nak imbas kembali majlis 
khatam Al-Quran yang diadakan di Pra Sek JAIS Kg Jawa ni.. pada tahun 2011 yg lalu.. ok??

so... semoga menjadi pencuci mata yang menarik untuk anda..hehehehe
Jom!! sama2 kita mengimbau sikit ja... persiapan yang lalu.. ok??






Aha.. tu la antara gambar kenangn persiapan yg lama.. heheh Hope tahun nie ada perubahan.. dari segi pengambilan gambar hehehe :P

Thursday 2 August 2012

Tugas Sebagai Guru ...

Assalamualaikum... hai apa khabar? heheeh dah lama gak admin tak bercerita keh keh
perkembangn sekarang... Alhamdulillah...
semuanya berjalan dengan lancar.
Banyak juga perbincangan yang diketengahkan semasa mesyuarat..
Betapa banyaknya idea yang tersimpan dek kerana
memasing sibuk dengan tugasan masing-masing
NOW!! admin baru faham. tugasan guru bukannya mudah..
Dalam masa mendidik.. dalam masa tuh juga perlu membuat kerja untuk
membangunkan sekolah, prestasi dan yang pastinya
memastikan para pelajar selesa dan selamat ^^
FAKTA tau???
So... u all hormatlah guru-guru yang mana memberikan
pendedahan yang positif dalam diri anda ok???

"TUGAS SEBAGAI GURU"

itulah tajuk yang admin yang cerita hari nie...
bukan mudah menjadi seorang guru yang mana kena selalu
bersabar dengan pelbagai karenah dan perangai pelajarnya..
"Tuh la keje cikgu!!" <---- admin selalu dengan word cam tuh
sedar tak bahawa apa yang diajar seorang guru itu amat penting untuk masa
depan kita? hah.. kalau guru tuh ajar punya ajar tapi tak halalkan
dek kerana kita kurang ajar jer.. saper yg susah? tak ke pelajar tuh yag merana?

Tugas guru nie banyak...
tapi.. sebagai guru, kena lah terapkan beberapa nilai murni
supaya pelajar menghormati anda!!
make it simple by smile ok?
Terdapat lima (5) aspek kecemerlangan yang dikehendaki oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menurut seorang penyelidik iaitu Md. Nasir Masran (2000) dalam kertas prosiding bertajuk Guru Cemerlang: Personaliti dan Kemahiran (Prosiding seminar kebangsaan penyelidikan dan pembangunan dalam pendidikan 2000. 3 – 4 Oktober 2000, Bahagian Pendidikan Guru, KPM, ms. 173 – 178): 1. Kecemerlangan Peribadi

Kecemerlangan peribadi yang dimaksudkan ialah meliputi perkara berikut:

1. Nilai kendiri yang positif
2. Berakhlak mulia
3. Adil
4. Bertimbang rasa
5. Amanah
6. Bertanggung jawab
7. Kreatif
8. Inovatif
9. Kemas
10. Sikap sedia berkongsi
11. Bersikap terbuka
12. Berpemikiran positif

Hah... tuh lah ciri-ciri guru yang terunggul.. heheh
Personaliti Unggul Personaliti ialah perwatakan dan tingkahlaku. Personaliti ialah satu daripada pembolehubah yang boleh memudahkan atau menyulitkan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Guru cemerlang perlu mempunyai ciri-ciri personaliti unggul seperti berikut:

Adil
Sabar
Tegas
Konsep kendiri positif
Kesungguhan
Mesra
Prihatin
Kerjasama
Menepati masa
Bertanggung jawab
Berakhlak mulia
Kecindan (unsur jenaka)

Jadi guru-guru EH!! bukan guru ja.. semua kena ada sifat
yang mahmudah tau??untuk
menjamin kebahagiaan yang unggul ok???

hurmm.. sampai sini sajalah admin membebel.. keh keh keh
ap pun sebagi guru kena lah kita bersabar jer..
dengan kerenah depa2 nie..bukan apa..
kang kuar2 hah.. tenguk keputusan perubatan.. hah
naik dah darah tinggi.. Jantung
Gila pun ada.. jadi.. sama2 lah kita membantu untuk kehidupan yang lebih bahagia dan harmoni

PENGAJARAN : Jadilah seorang anak murid yang sentiasa mengucapkan terima kasih kepada guru kita dan ikhlas membantu.. tak rugi pon.. malah dapat pahala lagi.. bukankah kita didunia nie tujuannya untuk mencari pahala?? aha.... untuk guru pula.. jangan amik serius dalam sesuatu hal itu.. segala masalah boleh diselesaikan ok? dan jagn sesekali bawa masalah luar ke dalam.. tu paling pantang murid rasa... huhuhu

salam 1 malaysia..^^
Jumpa lagi.. tata

Wednesday 18 July 2012

Hadiri Majlis Tahlil Pra SEk Kg Jawa

Assalamualaikum...

Majlis Bacaan Yaasin Dan Tahlil Ringkas Di Pra Sekolah JAIS Kg Jawa
pada 17 JULAI 2012


Hari ini admin nk Kongsi pengalaman kami semalam sebenarnya OPS!!
Maaf Sebab Admin terlebih Hari untuk Post sebenarnya keh keh keh ^^
Almaklumlah kita dah nak dekat sambut Bulan yang mulia.. iaitu Bulan Ramadhan
Banyaklah ilmu yang hendak dikongsi..
Jadi..Admin luangkan lah waktu petang ini untuk berkongsi sedikit ilmu yang admin dapat daripada
Biro Dakwah Pra Sek Kg Jawa ini... antara pengetahuan yang dapat Admin kongsikan adalah
Berkaitan dengan topic:- 

 "KEISTIMEWAAN & FADHILAT MEMBACA YAASIN"


Sebenarnya banyak yang kita boleh jadikan pembacaan...

*Kalau salah.. betulkan yer??

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang
bermaksud:
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:

1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
11. Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali".
12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi,
"Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".

13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya:
"Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari
kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik".



Banyakkan??? jadi kenapa kita susah sangat nak baca...pegang pun payah...
sedangkan Fadhilatnya terlalu banyak...

Di kesempatan ini, admin nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga
Pra Sekolah JAIS KG Jawa.. kerana sudi melapangkan masa. untuk bersama2.. kita menjayakan
program kita....
"PANDANGAN ULAMA' TENTANG TAHLIL" Klik Sini untuk bacaan seterusnya..
Admin cuma mahu berkongsi maklumat yang admin baca daripada Google... hehehe
kalau salah.. betul kan admin yer??

Monday 16 July 2012

Kelebihan Pra Sekolah JAIS

Assalamualaikum semua ^^ firstly, admin nak ucap.. selamat datang bagi yang baru jer menerjah masuk blog rasmi admin.. iaitu www.prasekolahkgjawa.blogspot.com ^_^ Ni hah.admin nak habaq mai.. la yang dua hari lepas (SABTU) ada orang tanya kat admin, apa bezanya prasekolah jais, dengan prasekolah, taska dan tadika?? hah tertnganga jugak lah admin nak ceritakan bagi orang tuh faham..but admin dapat terangkan dengan jelas kat dia.. wow!!! hahah

alright now.. admin nak cerita sikit tentang apa sebenarnya kelebihan pra sekolah jais nie? apa bezanya pra sekolah dengan prasekolah, taska or tadika..sebenarnya, semuanya ada kelebihan. tapi pra sekolah JAIS ini, lebih kepada pendidikan awal kanak-kanak yang berasaskan kearah pendekatan kanak-kanak Islam untuk mengenali agama Islam itu sendiri. Pra sekolah yang famous kita kenal, yang mana sekarang ini, kita lihat banyak prasekolah yang ditubuhkan didalam sekolah rendah. Salah satu perbezaan nya adalah, Pra Sekolah JAIS ini khas ditubuhkan untuk kanak-kanak yang berumur 5-6tahun dan mereka mestilah BERAGAMA ISLAM..antara sukatan pembelajaran yang ditawarkan juga menarik..antaranya amali solat, Al-Quran (Iqra' dan Hafazan), Akhlak, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Matematik, Sains awal, dan Sirah.

Selain itu, yuran yang dikenakan juga amat berpatutan iaitu hanya RM42.00 sebulan hah yang ini, mungkin ramai yang tertanya wow banyaknya??? sebab. Pra Sekolah JAIS Kg Jawa ini menyediakan makan dan minum serta sarapan pagi yang mana WAJIB di bayar, sekiranya..ibu bapa tidak berkemampuan, ibu bapa pelajar tersebut boleh mendapatkan bantuan pembelajaran daripada pusat zakat.. itulah kelebihan orang Islam kita.. ^^ admin tak kata orang agama lain tak ada kelebihan mereka juga boleh mendapatkan bantuan.. semua boleh, cuma bezanya, kena pandai mencari dan yang paling penting NAWAITU (niat) kita untuk melihat anak-anak kita pandai dan mendapat pendidikan awal yang terbaik dan sepatutnya. Kanak-kanak juga mempunyai hak untuk belajar dan kita yang sepatutnya mencorakkan mereka daripada kecil...
Kantin Prasekolah Kg Jawa ^^
Mulakan pendidikan awal anak anda dengan menghantar mereka untuk mengikuti alam pra-persekolahan. Pendidikan pra-persekolahan ini kebiasaannya bermula ketika kanak-kanak berusia dari empat sehingga ke enam tahun. Walau bagaimanapun terdapat ibubapa yang mula menghantar anak mereka pada usia yang lebih muda. Selain daripada pendidikan akademik, kemahiran berinteraksi kanak-kanak pada tahap ini dapat membantu pembangunan sosial, emosi dan mental sebagai persiapan sebelum melangkah ke alam pendidikan formal.

Sebelum mendaftarkan anak anda di mana-mana pra-sekolah atau tadika, anda perlu memastikan bahawa pra-sekolah tersebut telah berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Negeri. Ini adalah untuk memastikan pra-sekolah tersebut beroperasi secara sah di sisi undang-undang dan diiktiraf sebagai pusat pembelajaran.

Sekian sahaja dari ADmin ^^
Jumpa Lagi...Assalamualikum

Sunday 1 July 2012

Persediaan Amal Islami Peringkat Negeri ^_^



Assalamualaikum.. admin ucapkan kepada semua.. hari ini merupakan hari terakhir untuk membuat persediaan sebelum bermulanya pertandingan Amal Islami peringkat Negeri yang akan disertai oleh pelajar2 Pra Sekolah Jais Kg Jawa Klang. Alhamdulillah.. selama 3minggu berturut-turut.. guru-guru yang ditugaskan menjalankan tugas dengan dedikasi agar persembahan nampak ceria dan selesa pendengar...hehehehe Ops! Kelalen terlupa pula Admin nak bagitawu.. Pertandingan ini akan diadakan di SRA BAnting...dan sebenarnya antara pertandingan yang disertai adalah pertandingan KOIR, Bercerita.. dan macam2 lagi.. hehehehhe tak syok la.. lau admin dah bocor kan rahsia rite?? so.. sama2 la kita tunggu esok.. aper perkembangan yang bakal admin utarakan...
*Kepada Guru2 Pra Sekolah Kg. Jawa.. semoga Usaha kalian membuahkan rasa syukur dan moga2 mendapat tempat yang memuaskan.. manakala kepada pelajar2 Pra yang menyertai pertandingan Admin ucapkan semoga berjaya yer adik-adik??? hihihihi Good Luck Semua ok??
See You...
Salam Satu Malaysia (^_^)

Tuesday 19 June 2012

SELAMAT DATANG


Dari Melaka pergi ke Pahang
Singgah di Johor beli barangan
Kami mengucap Selamat Datang
Apa yang kurang dikeji jangan


SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI
PRA SEKOLAH JAIS KG. JAWA KLANG

Terima Kasih kerana menyertai portal kami..


If only tool you had is a hammer, you tend to see every problem as a nail (Abraham Maslow)