Blogger Layouts

Mukadimah

Pra Sekolah JAIS merupaka sebuah sebuah institusi pendidikan awal kanak-kanak yang didirikan untuk pelajar yang berusia 4-6tahun. Pra sekolah ini, berada di kedudukan strategik yang mana menyingkap pelbagai kisah sejarah. Kini, pra sekolah Kg Jawa telah berkembang maju, pelbagai kemudahan dibaik pulih dan di pelbagaikan bagi keselesaan dan kesejahteraan Pelajar dan guru. Yuran yang dikenakan juga amat berpatutan dan merangkumi pelbagi aspek iaitu seperti makan dan minum, buku, dan pengajaran yang diberikan. Kini, jumlah pelajar telah pun meningkat dan Kepercayaan yang diberikan oleh Ibu Bapa sangat gemilang membuatkan kami kukuh menapak dan terus berusaha maju untuk kepentingan kanak-kanak ini.

Matlamat Pendidikan JAIS

"Memberi pendidikan asas Agama kepada semua kanak-kanak Islam di Negeri Selangor bagi melahirkan pelajar yang sepenuhnya berilmu dan berakhlak mulia kukuh dalam nilai-nilai Islam bagi mencapai muslim Mutaqqi serta mendapat keredhaan Allah"

Falsafah Pendidikan JAIS

" Satu usaha yang berterusan bagi menjamin dan memantapkan ilmu Allah dan Sunnah Rasulullah berkembang di sepanjang zaman untuk diamalkan dalam kehidupan seharian bagi melahirkan Muslim sejati yang mampu menegakkan syarat Allah di muka bumi ini"

Sunday 23 September 2012

Cara Buat Nasi Ayam ^-^

Assalamualaikum.. pembuka bicara, sebagai sajian utama.. heheh
bermadah ler pula kan?? hehhe ( , " )
Orite.. jom kita belajar cara nak buat nasi ayam dengan cara yang mudah...
(kalau ada kurangnya same2 la kita kongsi untuk betulkan )

Bahan A :-

  • 10 cawan air 
  • 1 ekor ayam (potong 4)
  • 5 biji bawang merah (hiris)
  • 3 ulas bawang putih (hiris)
  • 2 inci halia (hiris)
  • 2 inci kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 biji pegaga
  • garam secukupnya
  • kiub sop ayam (Knor kalau nak tak nak x yah..nie nk pekatkan ja)
  • Sedikit Minyak.


Bahan B :-
  • 4 cawan beras mati (basuh & tus)
  • 1 biji timun (buang kulit nyer... & hiris bulat2 )
  • 1 biji Lobak Merah (Hiris & Basuh)
  • 3 biji Tomato
  • 3 biji limau kasturi (ambil jus)
  • 1 tangkai daun sop (diracik)
Bahan C :-
  • Kicap Bilal @ Kipas Manis & masin
  • Madu
  • Garam
  • Cili Merah
  • Cili Padi
  • Bawang Putih
Cara Nak Buat Pula :-
SOP :
  1. Panaskan minyak...pai panas k?
  2. Masukkan bahan A (bawang merah, bawang putih, halia, kayu manis, bunga lawang, pelaga & bunga cengkih) ke dalam minyak panas.. & tumiskan hingga naik bau...
  3. Masukkan Air yang 10 cawan tuh...
  4. Dah Mendidih.. masukkan Kiub pula..
  5. Biarkan selama 5 minit, bagi sebati bahan dalam air tadi..
  6. Kiub dah hancur, masukkan ayam 
  7. Masukkan Garam & sedikit AJi (x nak pun x apa)
  8. Tunggu hingga mendidih & dah nampak ayam dah masak.. angkat ayam tuh dan toskan.
  9. Rasa Kuah Tadi tuh.. sedap tak?? tambah garam lau tawar
AYAM :
  1. Sejukkan ayam...
  2. Panas kan minyak..
  3. Gaulkan ayam dengan Kicap & Madu..
  4. Goreng dengan api kecik ja..
  5. Sampai masak.. (kejap ja tau? )
  6. Angkat & Hias
Bahan Lain :
  1. Potong Bulat (timun, lobak & Tomato )
  2. Hias dalam pinggan..
  3. Masukkan daun sop & bawang dalam Sop tadi. (bawang kering pun Ok)
SOS MERAH :
  1. Blender kan bawang putih & cili merah.
  2. Rebus 
  3. Letak garam & Aji
  4. Biar sampai menggelegak..
  5. RAsa & angkat
  6. Perah Limau (kalau nak masam)
  7. Letak cili padi kalau nak pedas k?
hehehe dah siap.. boleh hidang & makan....
Fuhh!! Lapar pulak..
jom2 Pi makan.. 
Lunch Time.. heheh 
^^

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih.. Daun Keladi,
Esok Lusa Jenguk ler Lagi....
^_^