Assalamualaikum
w.b.t. kaili ini lain pula ceritanya, al kisah..cewah hihihih bagi lelaki,
memang molek kita sering sangat dengar suara kanak-kanak bising betulkan??
Terutama sekali waktu solat sunat taraweh. Waktu itu memang ketara sangat..nak
marah pun susah, tegur apakan lagi, tapi apa pun kita perlu banyak bersabar
sebab kita juga pernah mengalami pengalaman kecil malah agaknya lebih teruk.
Namun, tidak bermaksud kita perlu diamkan saja jika mereka buat salah tetapi
sebaliknya banyak memberi nasihat dan menegur sikap kanak-kanak tersebut. Kalau
anda lagi Expert ha... tegur sekali ibu ayah kanak-kanak itu supaya memberi
motivate kepada kanak-kanak tersebut berkaitan adap di dalam masjid dan surau
ok??
Menurut kata
dan pandangan Prof Dr Muhammad Uqlah didalam bukunya “Pendidikan Anak Dalam
Islam” menjelaskan bahawa masjid adalah sebaik-baik tempat untuk mendidik anak.
Menurut ulama, anak yang diajar pergi ke masjid akan dibesarkan dengan rasa
cinta kepada masjid. Ibu bapa yang soleh akan sentiasa berharap anak mereka
mendekati masjid supaya mereka cintakan ibadat solat dan saudara Islam serta
sentiasa berada di dalam rumah Allah.
Di antara
hadis riwayat Ahmad, Hakin dan Nasa’ie: Nabi Muhammad tidak bangkit daripada
sujudnya ketika mengimamkan solat di masjid apabila ditunggang oleh cucunya. Hadis
riwayat dengan sanad yang sahih : Rasulullah bersabda apabila ditanya mengapa
baginda mempercepatkan solatnya ? Baginda menjawab, “Aku terdengar tangisan
seorang bayi. Aku rasa ibunya sedang bersolat dengan kita. Jadi aku
mempercepatkan solat itu supaya ibunya dapat memenuhi kehendak anak itu.”
Menyedari
pentingnya tuntutan melatih kanak-kanak ke masjid kita juga perlu prihatin dan
mengambil berat mengenai soal berikut :-
1. Mendidik
anak menghormati masjid dan memastikan anak tidak berhada di dalam masjid.
2. Menegur anak
dengan baik dan jujur jika melakukan kesalahan di dalam masjid.
3. Sediakan
tempat duduk mereka dengan selesa dan selamat.
4. Sediakan
perpustakaan supaya mereka berminat membaca buku agama dan ada aktiviti mereka.
5. Bagi anak
yang bersekolah rendah & menegah, latih mereka membersihkan kawasan solat,
masjid dan surau seperti lipat telekung, sejadah & menyapu.
6. Adakan
program qiamullail dan motivasi di dalam masid.
Manakala,
bagi ibu bapa yang menpunyai anak kecil pula:-
1. Pilihlah
masjid yang mesra alam seperi masjid yang luas, selesa, sejuk dan terdapat
kanak-kanak lain.
2. Fokuskan
kepada memperkenalkan masjid kepada anak disamping beribadah dan TIDAK abaikan
anak.
3. Solat
berganti-ganti dengan suami, pembantu atau minta bantuan orang yang boleh
dipercayai tanpa perlu meletak anak jauh dari sisi anda.
4. Bawa
kelengkapan anak seperti botol, lampin, buku, mainan dan sebaginya.
Jika nilai murni dapat dipupuk
dan disuburkan di dalam diri anak ketika berada di masjid pastinya secara tidak
langsung anak-anak ini juga menjadi penyeri dan mengimarahkan rumah Allah.
<saya juga manusia biasa>
(^_^) Semoga berjumpa lagi...