Assalamualaikum w.b.t. Ahlan Wasahlan..
Alhamdulillah hari ini, admin nak berkongsi sedikit ilmu iaitu berkaitan dengan cara untuk kita "Menggapai Cinta dari Allah s.w.t."
Ibnu Taimiyyah r.h. berkata: "Sesungguhnya, di sunia ini ada syurga, siapa yang belum memasukinya, dia tidak akan memasuki syurga akhirat. Mereka bertanya,'apakah itu' Dia menjawab, 'Syurga mengenal Allah s.w.t. (ma'irifatullaj), mencintai-Nya, rindu pada-Nya dan berlemah-lembut padaNya"
Ibnu Taimiyyah r.h. berkata: "Betapa merananya penduduk dunia yang meningglkan dunia ini, dan tidak pernah merasakan yang termanis darinya. Dia ditanya, 'Apakah yang termanis di dunia?' Dia menjawab, "Manisnya bermesraan dengan Allah s.w.t." Dia juga berkata, "Sesungguhnya banyak waktu yang melewati hati. Sekiranya penduduk syurga merasakan apa yang aku rasakan dari manisnya berdekatan kepada Allah s.w.t. maka ini sudah mencukupi bagi mereka"
Tetapi mesti kita tertanya-tanya betul tak? Bagaimana cara untuk kita menggapai cinta Allah s.w.t. ??
caranya mudah sahaja, kerana Islam itu mudah cuma kita yang menjadikannya sukar!!
1. Jangan terus melakukan maksiat, sebaiknya cepatlah bertaubat dan beristighfar kepada Allah s.w.t. sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun dan Maha Adil. Tidak perlu nak tunggu esok, lusa, bulan depan, ke tahun depan.. tapi SEKARANG!!! sebab apa?? ingatlah "Hari ini kita hidup, esok belum tentu lagi kita dapat bernafas"
2. Segeralah meninggalkan "Teman Buruk", teman buruk yang dimaksudkan adalah teman-teman yang suka melakukan perkara yang sia-sia dan berlumba-lumba melakukan doa seperti mengumpat, mendedahkan aurat) yang mana mengajak kita selalu melakukan maksiat dan dosa kepada Allah s.w.t.
3. Dirikan solat wajib 5 Waktu, tepat pada waktunya, iaitu dengar azan terus ambil wuduk, habis azan solat surat dan seterusnya mendirikan solat fardhu tersebut. Jangan kita lengah-lengahkan, malas..lawan saja malas itu, dengar azan terus bangun tak payah tunggu "Nantilah, awal lagi" jangan ikut SYAITAN!!
4. Belajar & menjinakkan diri untuk melakukan solat berjemaah di Masjid @ Surau.. mula-mula sekali sehari, lama-lama tingkatkanlah pula.. 3 kali sehari pi masjid tunai solat fardu..lama-lama jadikan rutin setiap bulan pi masjid. Insyaallah..
5. Perbanyakkan mengingati Allah s.w.t. Jika niat nak buat dosa, terus ingat Allah, beristighfar dan selawat ke atas Nabi Muhammad.
6. Hafalkanlah Juz 'Amma lalu lakukan solat malam sabil menghafaznya.
7. Bergaullah dengan orang yang soleh, bukan surat membebci tetapi untuk menjadikan diri kita dan fikiran kita positif dan sentiasa ingat akan Allah s.w.t., syurga dan nerakanya.
8. Berbicaralah agama dengan kawan-kawan kita, bukan apa, untuk sama-sama berkongsi ilmu dan bertukar idea, Insyaallah..
Demi Allah, barang siapa yang melakukan langkah-langkah ini, Insya Allah, dia tidak akan tersesat. Siapa yang melakukan perkara ini, dia akan menggapai "Jalan Cinta".
Alhamdulillah.. Insya Allah kita akanbersua kembali..
<Ida Rylai Ivy :Admin>
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih.. Daun Keladi,
Esok Lusa Jenguk ler Lagi....
^_^