Post kali ini admin akan post semua aktiviti yang dilakukan pada bulan April. Pada awal bulan April pihak sekolah telah mengadakan Hari Gotong Goyong. Program ini dilakukan untuk menceriakan lagi bilik darjah dan kawasan persekitaran sekolah agar kanak-kanak disini lebih seronok dan selesa untuk belajar disini. program ini juga dapat mendidik kanak-kanak disini untuk bekerjasama dan sentiasa menjaga kebersihan persekitaran mereka.
Seterusnya, Program Jom Membaca juga telah dijalankan pada pertengahan bulan April. Matlamat utama program ini dilakukan adalah untuk meningkatkan tabiat membaca dalam kalangan kanak-kanak disini.
Ia juga bertujuan untuk melahirkan masyarakat generasi yang mencintai ilmu, berakhlak mulia, mentaati agama dan berkemahiran tinggi. Kanak-kanak disini amat teruja dalam bersma-sama memeriahkan aktiviti ini.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih.. Daun Keladi,
Esok Lusa Jenguk ler Lagi....
^_^