Blogger Layouts

Mukadimah

Pra Sekolah JAIS merupaka sebuah sebuah institusi pendidikan awal kanak-kanak yang didirikan untuk pelajar yang berusia 4-6tahun. Pra sekolah ini, berada di kedudukan strategik yang mana menyingkap pelbagai kisah sejarah. Kini, pra sekolah Kg Jawa telah berkembang maju, pelbagai kemudahan dibaik pulih dan di pelbagaikan bagi keselesaan dan kesejahteraan Pelajar dan guru. Yuran yang dikenakan juga amat berpatutan dan merangkumi pelbagi aspek iaitu seperti makan dan minum, buku, dan pengajaran yang diberikan. Kini, jumlah pelajar telah pun meningkat dan Kepercayaan yang diberikan oleh Ibu Bapa sangat gemilang membuatkan kami kukuh menapak dan terus berusaha maju untuk kepentingan kanak-kanak ini.

Matlamat Pendidikan JAIS

"Memberi pendidikan asas Agama kepada semua kanak-kanak Islam di Negeri Selangor bagi melahirkan pelajar yang sepenuhnya berilmu dan berakhlak mulia kukuh dalam nilai-nilai Islam bagi mencapai muslim Mutaqqi serta mendapat keredhaan Allah"

Falsafah Pendidikan JAIS

" Satu usaha yang berterusan bagi menjamin dan memantapkan ilmu Allah dan Sunnah Rasulullah berkembang di sepanjang zaman untuk diamalkan dalam kehidupan seharian bagi melahirkan Muslim sejati yang mampu menegakkan syarat Allah di muka bumi ini"

Thursday, 14 February 2013

MENGAPA AKU DILAYAN SEPERTI INI??

Comel Kan???

Ibu, adik cuma nak tanya,
Ibu ingat tak malam 14 Feb?
Malam itu Ibu ad Date dengan seorang jejaka..
Ibu jumpa Jejaka itu, 
Ibu kata dia cintakan ibu..

Dia puji ibu dan katanya cintanya hanya untuk ibu sahaja,
Ibu terbuai dalam pujukan dan bicaranya,
Ibu tak kisah dia menyentuh Ibu,
Ibu kata, ibu ingin buktikan kesetiaan Ibu..

Kini, selepas 9 Bulan..
Pohon yang ibu dengan jejaka itu tanam sudah membuahkan hasil,
Hari ini bukti kasih jejaka itu pada ibu telah lahir,
Tapi ibu...kenapa dia tak menyambut adik??
Dan mengapa ibu membenci adik, sedangkan adik ialah bukti kasih kalian??

Kenapa ibu membuang adik?
sedangkan saat itu adik tidak mampu berkata apa-apa?
apakah dengan tangisan adik tidak cukup untuk melembutkan hati ibu?
Tidak terasakah perikemanusiaan dalam diri ibu?

Tidakkah Ibu bertuhan?
Tidakkah ibu berasa berdosa?
Kenapa Ibu?
Adik cuma bertanya...Mengapa Ibu?

Ya Allah,
Mengapakah aku tidak mampu berkata-kata saat aku dilahirkan?
Wahai Ibuku,
Aku adalah zuriatmu dan sentiasa akan
Merinduimu di sana...

Posted by: Ida Rylai Ivy 2013

UJIAN PENILAIAN PERKEMBANGAN MURID 3 JAN 2013

CIKGU...Noni Tolng!!! dorang buli.. huk huk
Alor cian.. hahaha kelakar taw dorang ari pertama...^^
Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah Syukran, Kaifa haluki? Kaifa haluka? Alhamdulillah warga Pra Kg Jawa Klang sihat sejahtera. Alhamdulillah, kita masih diberikan nafas untuk menghirup udara yang segar dan masih diberi peluang dari-Nya untuk bersujud kepada-Nya aaminn. Alhamdulillah kini, tirai 2013 telah terbuka dan bermulalah episod kehidupan yang baru. Marilah kita sama-sama melakukan perubahan dan azam yang membangkitkan semangat juang untuk menjadi insan yang lebih baik dari semalam dan sebelum-sebelumnya serta menjadi anak-anak yang soleh dan solehah bagi ibu dan ayah.. Alhamdulillah, jika ada yang berazam yang kearah kebaikan, lebih beribadah kepada Allah s.w.t. dan taat akan perintah-Nya, admin ucapkan Alhamdulillah dan teruskan istiqamah dengan perubahan anda semua, semoga kita sama-sama mendapat Keredhaan di sisi-Nya, Aaminn.. ^^

Bercerita tentang azam baru, mesti ramai ibu bapa, kakak, abang, pakcik, makcik, nenek, atok dan semua alhamdulillah nak tahu, apa je..la aktiviti kanak-kanak Pra ni kan?? Maklumlah admin senyap ja...mana nak tawu ye x? Ops!! hihihi Mula-mula admin nak minta maaf kepada warga Pra Kg Jaw sendiri dan khusus juga kepada pembaca blog yang menantikan Post admin di Facebook or Blog ni sendiri.. Admin menyusun 10 jari meminta ampun dan maaf atas kesibukan sem ini yang menyukarkan admin membuka dan berkongsi maklumat berkaitan Pra kepada anda... huhuhuu minta maaflah ya?? huk huk Insyaallah admin akan sentiasa terus postkan apa jua aktiviti Pra selepas ini... Insyaallah ^^

Bercerita tentang AZAM.. right? Alhamdulillah pada awal tahun iaitu pada 3&4 January 2013, kami telahpun mengadakan ujian penilaian sebenarnya untuk pelajar 5 & 6 tahun sahaja untuk menentukan kelas agar penumpuan itu dapat diberikan dengan sepenuhnya dan kita dapat mengenalpasti kekurangan dan kelebihan pelajar itu sendiri.. jadi, adik -adik admin yang dapat kelas hujung tuh jangan sedih, bukan anda tidak pandai..TIDAK!! tapi sebenarnya, guru-guru mahu meninjau sejauh mana kekurangan & kelebihan anda, untuk melihat pencapaian anda pada akhir tahun dan pihak sekolah dapat menaikkan prestasi dalam pengajaran Insyaallah.. PALING PENTING, Setiap kelas di bahagiakan kepada pelajar yang bagus, sederhana dan kurang...ini disebabkan adik-adik boleh berkongsidan saling membantu antara satu sama lain, serta boleh bersaing dan akhirnya dapat RESULT GEMPAK... aaminn .hah Gitu.. So!! don't give up.. teruskan usaha sebab SHUUUTTTT  admin dengar-dengar lah kan, kita akan adakan anugerah 3 bulan sekali kepada pelajar yang berjaya.. So.. apa lagi, rebutlah peluang anda!!! CAIYOK hihihi. 

So, admin bagi pic-pic adik-adik kita dan gelagat masing-masing pada HARI PERTAMA bersekolah... SAKSIKANLAH Cewah!!! ^^
Antara ibu bapa yang tidak melepaskan peluang meninjau sekolah
dan menyaksikan anak mereka BERJUANG yeah!! terima kasih
percayakan kami dan sentiasa bersama kami.. Aminnn ^^

JANGAN RISAU, KAMI GURU2 DAN PENGASUH X KAN BIARKAN
ANDA... KAMI SENTIASA DI SISI.. BAIK X KAMI??Cakap baik.. erm bagus haha

MEREKA NI... HAH TENGUK TUH PANDAI BERDIKARI.. CAYALAH!!!!

AHA..SWEET X?? ARI PERTAMA KAMI NIEP..JENG JENG
Alhamdulillah, sekian saja dari admin.. huhu sebab ad exam cewah!! sempat pula admin mengarang kan?? hah.. nie semua sebab untuk anda yang sentiasa menyokong PraSekolah JAIS Kg. Jawa Klang dan mempercayai kami untuk membimbing & mendidik anak-anak kita semua.. Terima kasih ^_^

"Perumpamaan orang yang selalu berzikir kepada Tuhannya dengan orang yang tidak pernah berzikir seperti orang yang masih hidup dengan orang yang sudah mati" (Riwayat al-Bukhari)

Post By: Ida Rylai @ Suhaida (Praktikum)

Wednesday, 16 January 2013

MENDIDIK ANAK CINTAI MASJID...


Assalamualaikum w.b.t. kaili ini lain pula ceritanya, al kisah..cewah hihihih bagi lelaki, memang molek kita sering sangat dengar suara kanak-kanak bising betulkan?? Terutama sekali waktu solat sunat taraweh. Waktu itu memang ketara sangat..nak marah pun susah, tegur apakan lagi, tapi apa pun kita perlu banyak bersabar sebab kita juga pernah mengalami pengalaman kecil malah agaknya lebih teruk. Namun, tidak bermaksud kita perlu diamkan saja jika mereka buat salah tetapi sebaliknya banyak memberi nasihat dan menegur sikap kanak-kanak tersebut. Kalau anda lagi Expert ha... tegur sekali ibu ayah kanak-kanak itu supaya memberi motivate kepada kanak-kanak tersebut berkaitan adap di dalam masjid dan surau ok??

Menurut kata dan pandangan Prof Dr Muhammad Uqlah didalam bukunya “Pendidikan Anak Dalam Islam” menjelaskan bahawa masjid adalah sebaik-baik tempat untuk mendidik anak. Menurut ulama, anak yang diajar pergi ke masjid akan dibesarkan dengan rasa cinta kepada masjid. Ibu bapa yang soleh akan sentiasa berharap anak mereka mendekati masjid supaya mereka cintakan ibadat solat dan saudara Islam serta sentiasa berada di dalam rumah Allah.

Di antara hadis riwayat Ahmad, Hakin dan Nasa’ie: Nabi Muhammad tidak bangkit daripada sujudnya ketika mengimamkan solat di masjid apabila ditunggang oleh cucunya. Hadis riwayat dengan sanad yang sahih : Rasulullah bersabda apabila ditanya mengapa baginda mempercepatkan solatnya ? Baginda menjawab, “Aku terdengar tangisan seorang bayi. Aku rasa ibunya sedang bersolat dengan kita. Jadi aku mempercepatkan solat itu supaya ibunya dapat memenuhi kehendak anak itu.”

Menyedari pentingnya tuntutan melatih kanak-kanak ke masjid kita juga perlu prihatin dan mengambil berat mengenai soal berikut :-
1.      Mendidik anak menghormati masjid dan memastikan anak tidak berhada di dalam masjid.
2.      Menegur anak dengan baik dan jujur jika melakukan kesalahan di dalam masjid.
3.      Sediakan tempat duduk mereka dengan selesa dan selamat.
4.      Sediakan perpustakaan supaya mereka berminat membaca buku agama dan ada aktiviti mereka.
5.      Bagi anak yang bersekolah rendah & menegah, latih mereka membersihkan kawasan solat, masjid dan surau seperti lipat telekung, sejadah & menyapu.
6.      Adakan program qiamullail dan motivasi di dalam masid.

Manakala, bagi ibu bapa yang menpunyai anak kecil pula:-
1.      Pilihlah masjid yang mesra alam seperi masjid yang luas, selesa, sejuk dan terdapat kanak-kanak lain.
2.      Fokuskan kepada memperkenalkan masjid kepada anak disamping beribadah dan TIDAK abaikan anak.
3.      Solat berganti-ganti dengan suami, pembantu atau minta bantuan orang yang boleh dipercayai tanpa perlu meletak anak jauh dari sisi anda.
4.      Bawa kelengkapan anak seperti botol, lampin, buku, mainan dan sebaginya.

Jika nilai murni dapat dipupuk dan disuburkan di dalam diri anak ketika berada di masjid pastinya secara tidak langsung anak-anak ini juga menjadi penyeri dan mengimarahkan rumah Allah.

<saya juga manusia biasa>
(^_^) Semoga berjumpa lagi...

Monday, 14 January 2013

Permulaan Sekolah

Assalamualaikum wbt.. hari ini genap dah 2 minggu kita bersekolah.. 
ragam kanak-kanak masih lagi terngiang-ngiang.. tawa dan tangis awal persekolahan 
menandakan mereka masih lagi belum bersedia untuk melangkah ke alam persekolahan..
hari ini admin baru ada kesempatan nak berkongsi cerita berkaitan kanak-kanak 
di Prasekolah JAIS Kg Jawa... Alhamdulillah.. pelajar pada tahun ini bukan sahaja ramai tetapi 
sudah lebih bersedia dengan ilmu yang di gilap oleh ibu bapa masing-masing. 
Kekurangan pembantu membuatkan kakitangan tetap cekal dalam menjalani tugasan mereka dengan 
lebih baik.. mana tidaknya, terpaksa menampung bebanan kerja yang melampau..TETAPI aha.. masih lagi bersemangat tau....bayangkan seorang guru tahun 6..tiada pembantu dan mengawal pelajar seramai hampir 25orang 1 kelas. WOW!! cayalah.. apa pun admin doakan semoga semuanya berjalan lancar walaupun admin tiada bersama untuk membantu.. huhuhu 

<Teringat segala kenangan>

Thursday, 18 October 2012

Telaga Zam-zam


Assalamualaikum.. jum ikuti cerita sejarah ini..

Tempat di mana Hajar dan Ismail itu ditinggalkan oleh Ibrahim yang dikatakan padang pasir tandus tidak bermanusia itu, adalah kota Mekah yang sekarang ini. Mulai saat itulah mula sejarah Mekah dengan Telaga Zamzamnya. 
Hajar bulat rnenyerahkan nasibnya kepada Allah, dengan sabar dan tenang. Dimakannyalah bekalan yang masih ada padanya, diminumnya pula air yang masih tinggal. Akhirnya semua makanan dan air pun habislah. Tinggallah ibu dan anak menunggu nasib dengan perut yang kosong dan lapar, suatu penderitaan yang tak pernah dialami manusia lain. Anaknya yang masih memerlukan susu, jangankan akan mendapat susu, air mentah saja pun tidak ada di situ. Perut semakin lapar, kerongkong semakin kering dan minta dibasahi dengan air. Panas terik padang pasir tidak pula kepalang tanggungannya. Sedang badannya yang mulanya kuat sekarang sudah beransur kurus dan lemah pula. Tidak ada daya dan ikhtiar yang dapat dijalankan, selain hanya mencucurkan airmata sebanyak banyaknya, dan dengan airmata itulah hanya keadaan kering itu dapat dibasahkan sedikitnya. Ya, nasib yang tidak pernah dialami. 
Kerana lapar dan dahaga yang tak terperikan itu, mulalah si anak itu menangis sekuat kuatnya. Tetapi akhirnya kelemahan badan tidak memberikan kekuatan lagi kepadanya untuk menangis, selain hanya mengesak esak saja. Matanya mulai cukam, badannya semakin kurus juga. Akhirnya anak yang malang itu memperlihatkan tanda-tanda yang tak dapat diceritakan sama sekali, seakan akan putus nafasnya karena terlalu dahaga. 
Hajar mencuba sekuat tenaga mempertahankan jiwa sang anak dan sabar atas dirinya sendiri. Tetapi apa yang dapat dia lakukan? Akhirnya anak yang sudah payah keadaannya itu diletakkannya di atas pasir, sedang dia sendiri pergi mencari air, lalu datang melihat muka anaknya kembali. Lalu pergi pula mencari air, dan lari pula mendapatkan dan melihat wajah anaknya yang ditinggalkan itu. Demikianlah seterusnya berturut turut, antara dua tempat yang sekarang ini dinamakan Safa dan Marwah. Setiap kali dia kembali mendapatkan anaknya, dia lihat tanda tanda adanya air di tempat yang bernama Safa itu. Tetapi setelah didatanginya, tidak ada air sama sekali. Lalu dia kembali ke tempat anaknya, iaitu Marwah. Demikianlah berturut turut tujuh kali pergi dan balik. 
Sedang anak yang kelaparan yang ditinggalkan sendirian itu semakin mengeluh dan mengesak esak, menangis dengan tak bersuara lagi. Kasihan, sayang, letih, ikhtiar dengan segala tenaga. Tetapi semua sia sia belaka. 
Akhirnya Hajar duduk terhenyak, tidak tahu apa yang harus dilakukan lagi. Dengan menoleh terus ke wajah anaknya yang dicintai; peluh mengalir bercucuran dari dahinya. Dengan titikan peluh dibasahi bibir anak yang sudah amat kering itu. Alangkah gembiranya Hajar, kerana dilihatnya anak itu masih hidup. Anak itu diciumi dan dirangkul ke dadanya rapat rapat. Nampak pula dengan jelas bahawa anak yang kecil itu sendiri pun turut sama mengeluarkan airmata. 
Hanya kepercayaan terhadap Allah, menjadikan Hajar tidak berputus sasa. Dengan kepercayaan ini sajalah dia berteman ketika itu, menghadapi kesedihan yang tidak dapat dibendung. Dengan kepercayaan ini pulalah dia yakin yang akhirnya dia akan terbebas jua dari kesedihan ini. 
Setelah ternyata yang anaknya masih hidup, kembali dia pergi meninggalkan anak itu, mencari air di tengah tengah gurun pasir. 
Akhirnya, setelah kembali mendapatkan anaknya, tak begitu jauh dari tempat itu, tiba tiba Hajar melihat setumpuk pasir yang selama ini kering tampaknya agak basah. Setelah dipegang dengan telunjuknya, betul betul pasir itu basah berair. Lalu pasir itu digalinya. Makin dalam digali makin basah dan akhirnya setelah agak dalam, airnya muncul, dengan kudrat dan iradat Allah s.w.t. terpancarlah di situ sebuah mata air yang kita namai Telaga Zamzam sekarang ini. 
Hajar dan anaknya (Ismail) minumlah sepuas puasnya sambil mengucapkan syukur dan puji terhadap Allah yang telah mengabulkan doanya dan doa Nabi Ibrahim tatkala berangkat meninggalkan mereka berdua. 
Karena air Zamzam inilah akhirnya burung burung padang pasir, seekor demi seekor mendekat ke sana menghabiskan dahaga hausnya. Dan dari jejak burung inilah makanya hamba Allah yang bernama manusia yang hidup di tengah tengah padang pasir itu, sama sama datang ke sana pulauntuk mendapatkan air penghilang dahaga. 
Akhirnya tempat itu menjadi ramai juga, dijadikan tempat tetap oleh rombongan demi rombongan manusia yang mengenalnya. Hajar dan Nabi Ismail termasuk salah satu anggota masyarakat dan hidup bersama sama mereka di tempat itu. Inilah yang nanti dinamakan kota Mekah sebagai yang kita terangkan di atas. 
Zaman berganti zaman, abad berganti abad, tempat itu terus menerus menjadi tempat berhimpunnya manusia. Pun sampai zaman sekarang, lebih lebih setelah Agama Islam memerintahkan kaum Muslimin berhaji ke sana. 
Dari cara perjalanan sejarah Hajar dan Ismail inilah diambil sebahagian besar cara ibadat haji yang diwajibkan Islam. Misalnya lari (sai) antara Safa dan Marwah tujuh kali dan lain lain ibadat yang akan kita sebutkan nanti. Dan dari keturunan Nabi Ismail pulalah, akhirnya lahir Nabi Muhammad s.a.w. di kota Mekah itu. Doa Nabi Ibrahim dikabulkan Tuhan.

 Aaminn Ya Rabbal Aalamin
 Sekian sahaja, cerita kami.. (^^)

Dihukum Kerana Menderhakai Ibu

Assalamualaikum Jom kita baca cerita ini??
ambil ikhtibar dan pengajaran..

Suatu hari seorang alim berniat untuk pergi ke Tanah Suci mengerjakan ibadah haji. Waktu dia meminta izin kepada ibunya, ternyata ibunya yang sudah tua itu sangat keberatan. Menurut ibunya, “Tunda dahulu keberangkatanmu sampai tahun depan”. Ia merasa bimbang terhadap keselamatan anaknya, kerana orang alim itu adalah satu-satunya anak yang hidup dari hasil perkahwinan dengan almarhum suaminya.
Rupanya orang alim yang soleh itu sudah tidak dapat menahan keinginannya untuk menunaikan rukun Islam yang kelima. Maka, walaupun tidak mendapat restu dari ibunya, dia berkemas-kemas lalu berangkat menuju ke Tanah Haram. Jelas keputusannya ini bertentangan dengan ajaran Nabi kerana redho Allah bergantung kepada redho orang tua, begitu pula murka Allah terletak dalam murka orang tua.


Ketika menyaksikan anaknya yang pergi juga, ibu yang sudah tua itu tergopoh-gapah mengejar anaknya. Akan tetapi anaknya itu sudah telalu jauh. Dia tidak mendengar suara ibunya yang memanggil-manggil sambil berlari-lari itu. Dalam marahnya ibu yang sangat cinta kepada anaknya tersebut menadahkan kedua tangannya lalu berdoa: “Ya Allah, anakku satu-satunya telah membakar diriku dengan panasnya api perpisahan. Ku mohon pada-Mu, balaslah dia dengan seksaan yang setimpal. Sebagai ibunya, aku merasa sakit hati, ya Allah.”

Doa ini jelas tidak pada tempatnya bagi seorang ibu yang seharusnya bijaksana. Sebab di antara doa-doa yang dikabulkan adalah doa seorang ibu terhadap anaknya. Bumi seolah-olah bergoyang mendengar doa ini. Namun orang alim tadi terus juga berjalan. Dekat sebuah kota kecil sebelum sampai tempat tujuannya, orang alim itu berhenti melepaskan lelah. Menjelang Maghrib dia berangkat ke masjid dan solat sampai Isyak. Sesudah itu ia terus mengerjakan solat-solat sunat dan wirid hingga jauh malam.Secara kebetulan di sudut kota yang lain, pada malam itu terjadi peristiwa yang menggemparkan. Ada seorang pencuri yang masuk ke dalam rumah salah seorang penduduk. Orang yang punya rumah terjaga dan bersuara. Tiba-tiba pencuri itu terjatuh kerana terlanggar suatu benda di kakinya. Ketika terdengar bunyi sesuatu yang jatuh itu, maka orang yang punya rumah pun memekik-mekik sambil berkata: “pencuri! pencuri.”

Seisi kampung terbangun semuanya. Dengan ketakutan pencuri itu lari sekuat tenaga. Orang-orang kampung terus mengejarnya. Pencuri itu lari ke arah masjid dan masuk ke halaman masjid tersebut. Orang-orang pun mengejar ke sana. Ternyata pencuri itu tidak ditemukan di dalam rumah Allah itu.

Salah seorang di antara mereka memberitahu kepada pemimpinnya: “Kita sudah mencari di sekeliling masjid, namun tidak ada bekas-bekasnya sedikitpun.”


Yang lainnya pula berkata: “Tidak mungkin dia ditelan bumi, aku yakin dia belum lari dari sini. Kalau di luar masjid tidak ada, mari kita cari ke dalam masjid. Berkemungkinan dia bersembunyi di situ.”


Maka orang-orang pun masuk ke dalam masjid. Ternyata betul, di dekat mimbar ada seorang asing sedang duduk membaca tasbih. Tanpa bertanya-tanya lagi orang itu ditarik keluar. Tiba di halaman masjid, orang tadi sudah terkulai dan pengsan kerana dipukul beramai-ramai. Penguasa hukum di kota tersebut malam itu juga memutuskan suatu hukuman yang berat kepadanya atas desakan masyarakat yang marah. Maka orang tersebut diikat pada tiang dan dicambuk badannya.

Keputusan dari hakim ini jelas menyalahi ajaran Nabi, bahawa seorang hakim seharusnya menyelidiki hingga hujung suatu perkara, dan tidak boleh menjatuhkan keputusan berdasarkan hawa nafsu. Begitu juga walaupun lelaki itu dituduh menodai kesucian masjid kerana bersembunyi di dalamnya, dengan berpura-pura bersembahyang dan membaca wirid, padahal dia adalah pencuri.

Pagi-pagi lagi seluruh penduduk kota itu sudah berkumpul di pasar menyaksikan jalannya hukumam qisas itu. Selain algojo melaksanakan tugasnya, orang-orang pun bersorak-sorak melihat si alim dicambuk hingga pengsan. Mereka tidak lagi mematuhi ajaran Islam untuk berbuat adil terhadap siapa saja, termasuk kepada pencuri yang jahat sekalipun. Darah memercik ke sana ke mari, orang-orang kelihatan semakin puas.


Semakin siang semakin ramai orang yang berkumpul menonton dan meludahi pencuri yang terkutuk itu. Dalam kesakitannya, orang alim yang dihukum sebagai pencuri itu mendengar salah seorang penduduk yang berkata: “Inilah hukuman yang setimpal bagi pencuri yang bersembunyi di dalam masjid!” Sambil meludah muka orang alim tersebut. Orang yang dihukum yang dianggap pencuri ini dengan suara yang tersendat-sendat membuka mulutnya berkata: “Tolong jangan katakan demikian. Lebih baik beritahukanlah kepada orang ramai bahawa saya ini adalah hamba Allah yang ingin mengerjakan ibadah haji, tapi tidak mendapat restu dari orang tua.”

Mendengar ucapan ini, orang yang mendengar jadi terkejut dan menanyakan siapakah dia sebenarnya. Orang alim tadi membuka rahsianya, dan masyarakat jadi serba salah. Akhirnya mereka terpaksa memberitahukan hal itu kepada hakim.


Setelah hakim itu datang dan tahu duduk perkara yang sebenarnya, maka semua mereka menyesal. Mereka kenal nama orang alim itu, iaitu orang yang soleh dan ahli ibadah. Cuma belum pernah tahu rupanya. Ibu-ibu yang hadir serta orang tua lainnya ramai yang merasa sedih tidak dapat menahan diri, tapi sudah tidak ada gunanya.

Malamnya, atas permintaan orang alim itu setelah dibebaskan dari seksaannya, dihantarkan ke rumah ibunya. Pada waktu orang alim tersebut akan dihantar, ibunya telah berdoa: “Ya Allah, jika anakku itu telah mendapatkan balasannya, maka kembalikanlah dia kepadaku agar aku dapat melihatnya.”


Begitu selesai doa si ibu, orang yang membawa anaknya pun sampai. Orang alim itu minta didudukkan di depan pintu rumah ibunya, dan mempersilakan orang yang mengantarnya itu pergi. Sesudah keadaan sunyi kembali, tidak ada orang lain, maka orang alim itupun berseru dengan suara yang pilu: “Assalamualaikum.”

Maka terdengarlah suara oang tua yang menjawab salamnya dari dalam. Bergetar hati si alim mendangar suara itu: “Saya adalah musafir yang terlantar. Tolonglah beri saya roti dan air sejuk,” kata orang alim itu menyamar diri.

“Mendekatlah engkau ke pintu. Hulurkan tanganmu melalui celah pintu,” jawab suara tadi dari dalam.

“Maaf, saya tidak boleh mendekati pintu kerana kedua kaki saya sangat kaku. Saya juga tidak dapat menghulurkan tangan melalui celah pintu, kerana tangan saya terasa letih.”


“Jadi bagaimana caranya?” Si ibu mengeluh kehilangan akal. “Antara kita ada pemisah yang tidak boleh dilanggar. Engkau lelaki yang tidak saya kenal, dan saya, walaupun sudah tua, adalah seorang perempuan.”

“Jangan bimbang wahai puan,” kata orang alim tersebut. “Saya tidak akan membuka mata kerana kedua mata saya sangat pedih, jadi saya tidak akan melihat ke arah puan.”

Mendengar jawapan itu, tidak beberapa lama kemudian perempuan itu pun keluar membawa sepotong roti dan segelas air sejuk. Orang alim itu begitu saja merasakan kehadiran ibunya, sudah tidak mampu lagi menahan diri. Ia memeluk kaki ibunya dan menjerit sambil menangis: “Ibu, saya adalah anak ibu yang derhaka.” Ibunya pun merasa sedih. Dipandangnya orang cacat di mukanya itu lalu ia menjerit ternyata adalah anaknya. Mereka berdua saling berpelukan dalam tangisan.

Ketika itu juga perempuan tersebut menadahkan tangannya memohon ampun kepada Allah: “Ya Allah, kerana telah jadi begini sungguh saya menyesal atas kemarahan saya kepada anak sendiri, saya bertaubat untuk tidak mengulangi lagi perkara ini, ampunilah saya ya Allah, serta ampunilah dosa orang-orang yang menyeksanya kerana kami semua telah disesatkan oleh godaan iblis dengan nafsu marah.”

Sekian, wassalam.. 

Thursday, 4 October 2012

Adab Belajar & Intelek

Assalamualaikum.. salam sejahtera
admin ucapkan...
hari ini admin nak berkongsi sedikit ilmu tentang :-

Adab Belajar

Adab menuntut ilmu (Imam AL-Ghazali)

  • Bersihkan Jiwa
  • Niat yang Benar
  • Tahu Mulianya Ilmu
  • Kurangkan Urusan Dunia 
  • Merendah Diri dengan Ilmu
  • Merendah diri dengan Guru
  • Elak Kontradisi/ Baik sangkaan
  • Tahu Hubungan Ilmu dan Tujuan
  • Bertahap-tahap dalam menuntut Ilmu
  • Saksama pada semua Bidang
  • Khatam Ikut Bidang
Cara Meningkatkan Intelek
  • Penyediaan Sikap : Yakin, Berani & Positif
  • Budaya Membaca (bahan yang sesuai)
  • Budaya mengenalisis ilmuan
  • sistem sokongan yang kondusif
  • Budaya Kritikal (mengkritik dan dikritik)
  • Budaya "thing aloud"
  • Bertanya, memberi pendapat
  • Budaya berdokumentasi dan berkongsi
  • Makatan tambahan sesuai untuk otak
  • Mencatat, menulis dan menghebah
  • Menghafal
  • Mengamalkan 
  • Menilai
  • Membaiki
  • Doa Perangsang Minda
  • Rawatan
  • Merangsang Otak
Bagaimana merangsang EQ
  • Jaga Ibadah & Doa
  • Mengenal diri
  • Kenal Pasti & Masalah
  • Cuci
  • Bentuk Sense of Survival
  • Berkawan dengan orang yang pandai
  • Sentiasa Ceria dan bersemangat
  • Kawal Emosi
  • Buang Sifat Mazmumah
  • Diganti sifat Mahmudah
Bagaimana Merangsang SQ
  • Penyayang
  • Prihatin
  • Empati
  • Menolong Orang
  • Maafkan Orang
  • Doakan Orang
  • Bahagiakan rumah tangga/ baik sangka
  • Sentiasa cari kawan baru
  • Cari peluang berinteraksi dan mengukuhkan hubungan
  • Pecahkan tembok pemisah di kalangan kawan
  • Rawat Konflik
  • Ziarah
  • Beri Hadiah jiran, orang yang mengumpat
  • Elakkan Makan bersendirian
  • Amalkan solat berjemaah
  • Bekerja secara berjemaah