Blogger Layouts

Mukadimah

Pra Sekolah JAIS merupaka sebuah sebuah institusi pendidikan awal kanak-kanak yang didirikan untuk pelajar yang berusia 4-6tahun. Pra sekolah ini, berada di kedudukan strategik yang mana menyingkap pelbagai kisah sejarah. Kini, pra sekolah Kg Jawa telah berkembang maju, pelbagai kemudahan dibaik pulih dan di pelbagaikan bagi keselesaan dan kesejahteraan Pelajar dan guru. Yuran yang dikenakan juga amat berpatutan dan merangkumi pelbagi aspek iaitu seperti makan dan minum, buku, dan pengajaran yang diberikan. Kini, jumlah pelajar telah pun meningkat dan Kepercayaan yang diberikan oleh Ibu Bapa sangat gemilang membuatkan kami kukuh menapak dan terus berusaha maju untuk kepentingan kanak-kanak ini.

Matlamat Pendidikan JAIS

"Memberi pendidikan asas Agama kepada semua kanak-kanak Islam di Negeri Selangor bagi melahirkan pelajar yang sepenuhnya berilmu dan berakhlak mulia kukuh dalam nilai-nilai Islam bagi mencapai muslim Mutaqqi serta mendapat keredhaan Allah"

Falsafah Pendidikan JAIS

" Satu usaha yang berterusan bagi menjamin dan memantapkan ilmu Allah dan Sunnah Rasulullah berkembang di sepanjang zaman untuk diamalkan dalam kehidupan seharian bagi melahirkan Muslim sejati yang mampu menegakkan syarat Allah di muka bumi ini"

Friday 15 February 2013

MIFTAHUL MADRASAH 4-JAN-2013

Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah, kita masih diberikan Nyawa untuk terus menanam benih-benih keimanan kehadrat Illahi.. Alhamdulillah, seperti biasa admin ingin berkongsi sesuatu yang menarik dalam Program "Miftahul Madrash" yang mana di adakan pada awal tahun 2013 iaitu pada 4 Januari 2013 (Jumaat) yang mana program ini melibatkan anak-anak berusia 4 hinggalah 6 tahun..SEMUA TERLIBAT hihih termasuklah semua kakitangan Pra. Alhamdulillah, Program ini berjaya merealisasikan Objektifnya, Aaminn. Apa yang mengembirakan ialah apabila terdapat ibu bapa yang turut turun padang untuk bersama-sama kami menjayakan program ini, Alhamdulillah sokongan semua amatlah kami hargai, aaminn ^_^!!

Sweet ja, admin teguk  adik-adik kita hihih
semua suka ria menari WOW!!!
Alhamdulillah, kakitangan juga terlibat
dengan program ini...
Antara yang berlaku pada hari tersebut..
See!! ibu bapa pon join hahah

Sesi suai kenal bersama guru kelas pula lah....
Jom sapa nama awak? saya ali..awak? hihih
Joget kanan...Joget kiri
ewah ewah 
"Percayalah, kita boleh ketahui siapa yang bertahta di hati seseorang itu dengan memerhatikan
kekerapan dia menyebut sesuatu nama dalam setiap perbuatannya"

Posted by: Ida Rylai Ivy 2013

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih.. Daun Keladi,
Esok Lusa Jenguk ler Lagi....
^_^